Search

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 1 min
Banjir di Ayer Keroh | 4 Ogos 2021 | Mesyuarat Khas Pengurusan Banjir dalam Kawasan DUN Ayer Keroh
4 Ogos 2021 Mesyuarat tersebut diadakan pada 2 Ogos 2021 dan saya telah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut selaku ADUN Ayer Keroh. Ini kali pertama saya sebagai ADUN pembangkang dijemput menghadiri mesyuarat bersama agensi kerajaan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB DSU Idris Haron selaku EXCO Banjir bagi membincang banjir kilat yang berlaku di DUN Ayer Keroh pada 17 Mei dan 5 Julai. Saya telah membawa semua surat yang pernah kami menghantar kepada pihak kerajaan
5 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Banjir di Ayer Keroh | 爱极乐区水灾 | 9 Julai 2021 |🚩Solidariti Kempen Bendera Merah 🚩
9 Julai 2021 Saya melawat ke Taman Melawis dan berjumpa dengan penduduk-penduduk. Dalam kenyataan saya semalam, saya menyenaraikan tindakan-tindakan yang telah saya mengambil sebagai ADUN Ayer Keroh dalam tempoh 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negeri Melaka. Saya juga menunjukkan surat saya kepada pihak kerajaan negeri Melaka pada 25 Mei 2021 selepas banjir teruk yang berlaku pada 17 Mei 2021. Dalam surat tersebut saya memberi 6 cadangan ‘macro’ bagi mengurangkan
3 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Banjir di Ayer Keroh | 爱极乐区水灾 | 8 Julai 2021| 🚩Solidariti Kempen Bendera Merah 🚩
8 Julai 2021 Lokasi: Taman Melawis, Bukit Beruang Banjir kilat bukan isu baru di DUN Ayer Keroh, khususnya Taman Melawis. Penduduk taman ini telah bertahun-tahun menghadapi isu banjir kilat. Pada 17 Mei 2021 dan 5 Julai 2021 yang lalu, penduduk di Taman Melawis terpaksa menghadapi banjir kilat yang teruk. Saya faham kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk kerana kedua-dua kali banjir kilat tersebut, saya ada di lokasi. Pasukan YB Shamsul Iskandar Mohd Akin juga ada
4 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Banjir di Ayer Keroh | 爱极乐区水灾 | 26 Mei 2021| Memo kepada Kerajaan Negeri
26 Mei 2021 Pagi tadi saya melawat ke Urban Forestation @ Sungai Putat. Mengenai banjir yang berlaku di DUN Ayer Keroh pada 17 Mei 2021, saya telah mengemukakan beberapa cadangan cara penyelesaian jangkan masa panjang bagi mengurangkan risiko banjir di DUN Ayer Keroh seperti berikut: a) Mendalamkan dan membesarkan kawasan takungan air di hulu Sungai Putat bagi meningkatkan kapasiti penampungan taburan hujan, serta menjalankan penyelenggaraan secara berkala (sekurang-kurangnya
7 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Banjir di Ayer Keroh | 爱极乐区水灾 | 18 Mei 2021
18 Mei 2021 Saya telah melawat sekali lagi ke Kampung Sungai Putat dan Bukit Beruang Utama pagi tadi. Penduduk-penduduk tengah membersihkan rumah. Penduduk-penduduk mengalami kerugian yang besar akibat banjir ini. Ramai penduduk maklum kepada saya bahawa banjir kali ini paling teruk dalam tempoh 30 tahun ini. Mengenai bantuan bencana alam kerajaan negeri bagi episod banjir kali ini, saya akan mencadang secara menulis kepada kerajaan negeri perkara-perkara yang berikut: 1- men
6 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Isu Pokoknya Bukan Rakyat Melaka Tidak Sudi Menerima Vaksin | 甲州疫苗问题并不是人民不想打疫苗
31 Julai 2021 Secara dasarnya, saya menyokong inisiatif kerajaan negeri Melaka dalam menggalakkan rakyat menerima suntikan vaksin kerana vaksin membolehkan negara kita kembali ke landasan ekonomi dan kehidupan sosial yang biasa secepat mungkin. Walaubagaimanapun, dalam konteks negeri Melaka, inisiatif pemberian rumah sebagai insentif menerima vaksin seolah-olahnya tidak menjawab isu-isu yang sedang dihadapi oleh rakyat Melaka dalam soal Vaksin. Berdasarkan maklumat rasmi dala
0 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Bantuan Bukan Solusi Jangka Masa Panjang kepada Ekonomi Negara dan Rakyat | 派物资仅暂渡难关,政府需认真抗疫
26 Julai 2021 Dalam bulan ini (Julai 2021, setakat 25 hb) sahaja, seramai 622 keluarga dalam DUN Ayer Keroh telah menerima bakul makanan daripada pejabat kami. Hujung minggu ini akan mencecah 700. Ini bemaksud sekurang-kurangnya 700 keluarga menghadapi masalah terputus bekalan makanan dalam DUN Ayer Keroh. Ini belum lagi masuk kira keluarga-keluarga yang menerima bantuan makanan daripada pihak NGO atau kerajaan. Berbanding dengan bulan-bulan yang sebelum ini, bulan ini paling
6 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Program Komputer Terpakai N16 | N16二手电脑计划
24 Julai 2021 Minggu ini, saya telah menyampaikan 2 peranti kepada 2 keluarga supaya anak mereka boleh menghadiri kelas secara atas talian. Sepanjang Program Komputer Terpakai N16 kami berjalan (Sejak Januari 2021), ada yang dapat telefon bimbit, ada yang dapat laptop, ada dapat Tab. Semua bergantung kepada apa yang disumbang oleh pihak orang awam. Covid19 memberi kesan kepada seluruh generasi pelajar dari segi pendidikan yang boleh ada impak berpanjangan. Bukan sahaja kuali
2 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 3 min
Program Subsidi Ujian Saringan Komuniti Bersasar Ayer Keroh | 爱极乐社区针对性筛检补贴计划 | Keputusan
21 Julai 2021 58 orang diuji, 5 positif
Program subsidi ujian saringan bersasar bagi komuniti Ayer Keroh telah tamat pada 19 Julai. Berdasarkan maklumat daripada pihak klinik, sebanyak 58 ujian RTK telah dijalankan dan 5 antaranya adalah positif (juga disahkan positif melalui ujian PCR). Doktor juga memaklum bahawa 2 daripada 5 kes positif tersebut merupakan individu yang hanya datang ke klinik untuk beli ubat tetapi menjalankan ujian selepas nampak poster program dan bawah
1 view0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 4 min
Program Subsidi Ujian Saringan Komuniti Bersasar Ayer Keroh | 爱极乐社区针对性筛检补贴计划
14 Julai 2021 Saya menyumbang gaji sebulan bagi mensubsidikan swab-test untuk komuniti Ayer Keroh. Di kawasan Ayer Keroh, berlakunya 51 kes positif pada 3 Julai 2021 (Kluster Jalan Seri Raya). Kemudian, 523 kes positif pada 10 Julai 2021, akibat daripada ujian saringan pekerja kilang kerana PKPD bersasar. Kalau dalam seminggu, kes positif dalam kalangan pekerja kilang boleh naik dari berpuluh-puluh sehingga mencecah 500, adakah kerajaan yakin bahawa TIADA kes langsung dalam k
0 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Kluster Jalan Seri Raya | 11 Julai 2021 | JANGAN Anggap Hanya Pekerja Kilang Sahaja yang Berisiko
11 Julai 2021 835 kes semalam. 523 dari kawasan perindustrian Ayer Keroh. Ini disebabkan ujian calitan yang tengah dijalankan ke atas pekerja kilang akibat daripada PKPD bersasar. Saya telah beberapa kali membangkitkan soalan serta menyeru kerajaan supaya JANGAN menganggap hanya pekerja kilang sahaja yang berisiko menjangkit wabak Covid19. 【rujuk kenyataan saya pada 6, 8 & 10 Julai 2021】 Komuniti tempatan turut juga berisiko dijangkit Covid19 kerana pekerja kilang yang disahk
1 view0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 3 min
Kluster Jalan Seri Raya | 10 Julai 2021 | Ini Bukan Berita Baik
10 Julai 2021 Ini bukan berita baik. Dalam kenyataan Ketua Polis Melaka semalam (9 Julai 2021), 51 kes positif tersebut merupakan pekerja asing dari Selangor dan pihak majikan gagal mematuhi peraturan dengan mengaturkan saringan Covid19 sebelum pekerja asing tersebut dibawa masuk kerja. Ini bagai ‘kes import’ bagi Melaka, walaupun setakat ini tiada maklumat secara rasmi bilakah pekerja asing yang positif ini dibawa masuk dan mula berpenghuni di Ayer Keroh atau bekerja di kila
0 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 3 min
Kluster Jalan Seri Raya | 8 Julai 2021 | PKPD Bersasar?
8 Julai 2021 Akhirnya, 5 hari selepas pengumuman kluster Jalan Seri Raya oleh KKM pada 3 Julai 2021, kerajaan negeri Melaka membuat sesuatu. Dalam kenyataan saya pada 6 Julai 2021, saya menanya kenapa belum ada tindakan atau sebarang maklumat daripada kerajaan dalam menangani kluster tersebut, yang melibatkan 51 kes positif dalam kalangan pekerja dari sebuah kilang. Walaubagaimanapun, laporan ‘PKPD bersasar’ ini tidak menjawab soalan-soalan yang saya bangkitkan dalam kenyataa
0 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 3 min
Kluster Jalan Seri Raya | 5 Julai 2021
5 Julai 2021 Lokasi: Taman Bunga Raya, Bukit Beruang Petang tadi, penduduk tempatan memaklum kepada saya bahawa mereka percaya sebuah kilang menghantar pekerja-pekerja asing mereka dari Taman Muzaffar Shah ke sebuah pangsapuri di Taman Bunga Raya, Bukit Beruang. Saya tiba di lokasi lebih kurang 6:45pm dan terdapat ramai penduduk taman berkumpul di pintu depan pangsapuri tersebut. Dalam perjumpaan saya dengan pihak pengurusan pangsapuri serta pihak Japerun Ayer Keroh, beberapa
3 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 3 min
Kluster Jalan Seri Raya | 3 Julai 2021
6 Julai 2021 Kluster Jalan Seri Raya yang melibatkan 51 kes positif dalam kalangan pekerja-pekerja sebuah kilang diumumkan oleh KKM pada 3 Julai, iaitu 3 hari yang lalu. Sehingga hari ini (1pm, 6 Julai 2021), tiada lagi tindakan yang diumumkan oleh pihak kerajaan bagi menangani kluster ini. Ada pun hanya desas-desus bahawa EMCO akan dilaksanakan tetapi tiada pengumuman rasmi. Soalan yang perlu ditanya ialah:- 1. Bagaimanakah kluster ini berlaku? Adakah jangkitan Covid19 ini b
0 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
🍞 Food Bank N16 🍅
5 Julai 2021 1) Food Bank N16 telah ditubuhkan dalam DUN Ayer Keroh. Setakat ini, 3 lokasi telah dikenalpastikan sebagai lokasi Food Bank N16. 2) Sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan makanan, mereka dialu-alukan mengambil makanan yang ada atas rak tersebut dan tidak perlu memaklum kepada pihak kami atau pihak kedai. 3) Dalam tempoh yang sukar ini, ramai yang terjejas pendapatan dan memerlukan bantuan makanan. Pusat khidmat saya telah memberi bantuan bakul makanan kepada leb
3 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Kita Jaga Kita.
29 Jun 2021 Saya sedih membaca berita seorang lelaki gantung diri di jejantas. Menurut laporan media, beliau dipercayai mengalami tekanan kerana disyaki menghidapi Covid19. Sepanjang tempoh kita lawan pandemik, salah satu masalah besar yang berlaku di sekeliling kita tetapi jarang dibincang ialah kesihatan mental. Banyak punca yang boleh memberi kesan negatif mental dalam tempoh pandemik ini, termasuk pendapatan terjejas, kegelisahan kerana takut menghidapi Covid19, isolasi d
2 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Menghantar Warga Emas ke PPV | 载送长者去接种疫苗
21 Jun 2021 Hari ini saya jadi pemandu dan menghantar seorang warga emas ke PPV MMU bagi menerima suntikan vaksin. Uncle berumur 73 tahun dan berpenghuni di Bukit Beruang. Oleh sebab anak bekerja di luar negeri, tambahan pula uncle menghadapi kesusahan menjalan dan tiada kenderaan, isteri beliau meminta tolong daripada pejabat saya untuk mengaturkan pengangkutan bagi mereka. Sebaik sahaja kami tiba di PPV, kami disambut oleh petugas dan Uncle diberi kerusi roda . PPV MMU hari
2 views0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 4 min
3 Cadangan Mengenai PPV (Pusat Pemberian Vaksin) | 针对疫苗接种中心的三大建议
25 Jun 2021 Saya telah melawat ke 13 PPV dalam negeri Melaka (kecuali SPPV dan PPVGP) dalam beberapa minggu ini. Saya ingin mengemukakan 3 cadangan mengenai PPV: (1) Mengumumkan maklumat kapasiti dan kadar vaksinasi harian sebenar setiap PPV Pendekatan pengumuman data demikian secara terbuka dan telus akan meningkatkan keyakinan rakyat terharap Pelan Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK), selain daripada membolehkan penelitian (scrutiny) daripada orang awam terhadap kadar vaksi
1 view0 comments

Kerk Chee Yee
- Sep 21, 2021
- 2 min
Thank You Frontliners | 辛苦了,前线人员
16 Jun 2021 Beberapa hari yang lalu, saya telah singgah di Poliklinik Ayer Keroh, Balai Polis Batu Berendam, Balai Polis Ayer Keroh dan Balai Polis Bukit Baru. Saya telah menyampaikan roti dan minuman kepada para petugas. (Rujuk pautan di komen bagi post kunjungan saya ke PPV Dewan Tun Ali & PPV Jalan Hang Tuah). Petugas frontliner kita menghadapi tekanan yang besar. Ramai yang telah lama tidak berjumpa dengan ahli keluarga kerana risau tentang risiko jangkitan Covid19 atau w
0 views0 comments