RM7.6 juta diperuntukkan untuk naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Melaka

Jumlah peruntukan sebanyak RM7.6 juta telah diperuntukkan untuk tujuan naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh Melaka. Saya sering menerima aduan tentang keusangan fasiliti sukan di negeri Melaka. Pemantauan atas fasiliti sukan juga sering dijalankan oleh pasukan saya dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Perbadanan Stadium Melaka serta Majlis Sukan Negeri. Dalam sesi perbincangan dengan persatuan-persatuan sukan di negeri Melaka, isu-isu keperluan untuk naiktaraf dan penyelenggaraan juga sering dibangkitkan. Namun, berdasarkan kemampuan kewangan pihak kerajaan negeri Melaka, penaiktarafan fasiliti sukan hanya boleh dijalankan secara berperingkat. Dengan bantuan Kementerian Beli