top of page
  • Writer's pictureKerk Chee Yee

Banjir di Ayer Keroh | 4 Ogos 2021 | Mesyuarat Khas Pengurusan Banjir dalam Kawasan DUN Ayer Keroh

4 Ogos 2021



Mesyuarat tersebut diadakan pada 2 Ogos 2021 dan saya telah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut selaku ADUN Ayer Keroh. Ini kali pertama saya sebagai ADUN pembangkang dijemput menghadiri mesyuarat bersama agensi kerajaan.


Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB DSU Idris Haron selaku EXCO Banjir bagi membincang banjir kilat yang berlaku di DUN Ayer Keroh pada 17 Mei dan 5 Julai.


Saya telah membawa semua surat yang pernah kami menghantar kepada pihak kerajaan sebagai rekod dalam minit. Memo daripada penduduk Taman Melawis juga telah saya sampaikan kepada pihak pengurusan mesyuarat.


Saya telah mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan seperti berikut:

  • projek-projek yang bakal dan sedang dijalankan oleh pihak kerajaan harus dikomunikasikan dengan penduduk tempatan;

  • mesyuarat susulan harus diadakan bagi membincang butir-butir cadangan projek yang dibentangkan dalam mesyuarat —- timeline pelaksanaan setiap projek, agensi pelaksana, perbelanjaan, dan lain-lain; dan

  • Selain daripada projek pengurusan banjir kilat secara mikro, solusi makro diperlukan seperti koordinasi antara pintu air, penambahbaikan ‘alert sistem’, kajian mewujudkan ‘canal’ baru, tanah rizab sebagai kawasan tadahan air.






9 views0 comments
bottom of page