top of page
  • Writer's pictureKerk Chee Yee

Banjir di Ayer Keroh | 爱极乐区水灾 | 8 Julai 2021| 🚩Solidariti Kempen Bendera Merah 🚩

8 Julai 2021



Lokasi: Taman Melawis, Bukit Beruang


Banjir kilat bukan isu baru di DUN Ayer Keroh, khususnya Taman Melawis. Penduduk taman ini telah bertahun-tahun menghadapi isu banjir kilat.


Pada 17 Mei 2021 dan 5 Julai 2021 yang lalu, penduduk di Taman Melawis terpaksa menghadapi banjir kilat yang teruk. Saya faham kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk kerana kedua-dua kali banjir kilat tersebut, saya ada di lokasi. Pasukan YB Shamsul Iskandar Mohd Akin juga ada di lokasi-lokasi yang terlibat dan telah menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.


Sejak saya dipilih sebagai ADUN Ayer Keroh, isu banjir kilat merupakan antara isu yang paling awal saya mula menangani. Antara tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan dalam tempoh Jun 2018 - Februari 2020 bagi mengurangkan risiko banjir kilat, khususnya di Taman Melawis, adalah seperti berikut:


a) Penaiktarafan longkang dan pembinaan rumah pam di Melaka Baru (2018/2019) bagi meningkatkan pengaliran air hujan keluar dari beberapa taman perumahan dan kampung ke Sungai Putat. Ini dipercaya akan secara langsung dan tidak langsung mengurangkan risiko banjir di Taman Melawis;



b) Penambahan unit pam di rumah pam Kampung Sungai Putat (2019) yang menyumbang kepada peningkatan pengaliran air hujan dari Bukit Beruang Utama dan Taman Melawis ke Sungai Putat;



c) Pengawalan aktiviti kerajaan di Sungai Melaka (perbincangan dalam mesyuarat MMKN sekitar Q4 2019) bagi memastikan paras air sungai terkawal dalam musim hujan. Paras air Sungai Putat merupakan kunci kepada pengaliran air hujan dari Taman Melawis ke Sungai Putat;


d) Pembersihan/penggorekan kolam takungan Taman Melawis bagi meningkatkan kapasiti kolam tersebut;


e) Mencadang mengkaji semula sistem perparitan di Taman Melawis dan beberapa taman perumahan berhampiran supaya air hujan tidak semua dialirkan ke lokasi ‘bottleneck’ seperti Taman Melawis; dan


f) Mencadang mengkaji mewujudkan ‘canal’ tambahan bagi mengalihkan taburan air hujan dan air sungai.


Pada 25 Mei 2021, seminggu selepas banjir 17 Mei 2021, saya telah mengemukakan 6 cadangan kepada kerajaan negeri Melaka yang dipercaya merupakan solusi jangka masa panjang bagi mengurangkan risiko banjir kilat di DUN Ayer Keroh. Saya percaya Taman Melawis akan turut dimanfaatkan.


Kerajaan negeri Melaka sudah 16 bulan mentadbir negeri Melaka. Sebelum 2018, kerajaan yang sama mentadbir negeri Melaka berpuluh-puluh tahun. Kerajaan negeri sekarang juga ada EXCO banjir. Saya berharap kerajaan negeri Melaka boleh terus berusaha bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di DUN Ayer Keroh.


Saya akan terus membantu penduduk Taman Melawis dan terus menggesa kerajaan supaya memberi perhatian yang secukupnya kepada masalah ini.


YB Kerk Chee Yee

ADUN Ayer Keroh




12 views0 comments
bottom of page