
Fakta Mengenai Kerk Chee Yee
Setiausaha Politik Lim Kit Siang
Dilahirkan serta dibesarkan di Melaka
Graduan University of Melbourne, Bachelors of Commerce
Bekerja dalam bank pelaburan sebelum menyertai DAP
“Berbanding kawan-kawan sebaya, saya bertuah didedahkan lebih awal kepada dunia politik kerana berpeluang mempelajari politik daripada mendiang ayah saya, iaitu Kerk Kim Hock (mantan Setiausaha Agung DAP), yang banyak mengorbankan masa, kesihatan, dan juga masa kualiti bersama keluarga, untuk berjuang demi rakyat Malaysia.”
Visi untuk Malaysia

1) Mengembalikan keberanian untuk memajukan Malaysia
Sistem kerajaan kini merupakan sistem yang mengabaikan kebajikan rakyat untuk mengekalkan kuasa dan kepentingan sendiri. Sistem yang tidak adil ini telah menyebabkan ramai hilang keberanian untuk membayangkan sebuah negara yang lebih maju. Ramai telah berputus asa dan tidak lagi cuba membawa perubahan kepada negara. Oleh itu saya menyeru semua bertindak untuk berubah, supaya rakyat Malaysia terutamanya generasi muda dapat melangkah ke masa depan yang lebih cerah dan terjamin.
2) Yang penting itu rakyat, bukan kerajaan
Untuk masa yang lama, suara rakyat ditolak dan diabaikan oleh para pemimpin Barisan Nasional. Kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya menghormati suara rakyat di bawah jagaannya, serta memberi bantuan kepada mereka yang perlukan bantuan. Saya berjanji berprihatin mewakili dan menjadi tonggak rakyat bukan hanya di Ayer Keroh, tetapi di seluruh Melaka.
3) Pembaharuan sistem, untuk sebuah kerajaan yang bersih dan cekap
Undang-undang kini tidak lagi melindungi rakyat Malaysia, kerana mereka yang berkuasa telah memanipulasikan sistem perundangan negara kita untuk kepentingan mereka sendiri.
Saya berjanji untuk mengangkat Ayer Keroh dan negara ke tahap yang lebih tinggi, dengan mengubah sistem dan memansuhkan rasuah melalui pembaharuan politik, institusi, ekonomi, dan sosial.
