top of page
  • Writer's pictureKerk Chee Yee

Kluster Jalan Seri Raya | 3 Julai 2021

6 Julai 2021



Kluster Jalan Seri Raya yang melibatkan 51 kes positif dalam kalangan pekerja-pekerja sebuah kilang diumumkan oleh KKM pada 3 Julai, iaitu 3 hari yang lalu.


Sehingga hari ini (1pm, 6 Julai 2021), tiada lagi tindakan yang diumumkan oleh pihak kerajaan bagi menangani kluster ini. Ada pun hanya desas-desus bahawa EMCO akan dilaksanakan tetapi tiada pengumuman rasmi.


Soalan yang perlu ditanya ialah:-

1. Bagaimanakah kluster ini berlaku? Adakah jangkitan Covid19 ini berlaku di kilang/tempat kerja? Di tempat tinggal? Di kawasan komuniti dan tempat awam? Ini perlu dijelaskan oleh pihak kerajaan supaya penduduk di kawasan yang terlibat boleh memahami risiko kluster ini dan mengambil langkah pencegahan berkenaan sementara menunggu tindakan kerajaan.

2. Sekiranya jangkitan Covid19 bagi kluster ini berlaku di kilang/tempat kerja, adakah kerajaan telah memastikan SOP tempat kerja bagi tempoh FMCO ini dijaga dan dilaksanakan?

Sekiranya jangkitan berlaku di tempat tinggal atau komuniti, dan kluster diumum pada 3 Julai, ini bermaksud jangkitan mungkin telah berlaku seminggu sebelum. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan setakat ini?

3. Sekiranya jangkitan Covid19 dalam kalangan pesakit positif ini adalah dalam kalangan pekerja asing seperti mana yang disebar dan viral dalam Whatsapp / social media, apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan setakat ini bagi memastikan keadaan ini terkawal? Adalah diketahui umum bahawa Taman Muzaffar Shah dan Taman Ayer Keroh Height merupakan tempat tinggal ramai pekerja asing, kadang kala melebihi 8 orang dalam satu unit, dan merupakan tempat aktiviti pihak pekerja-pekerja tersebut. Ini berpotensi menyumbang kepada jangkitan yang berskala lebih besar.


Amat tidak adil sekiranya kerajaan tidak memastikan SOP-SOP dipatuhi dan menyebabkan kluster ini berlaku.


Amat tidak adil juga kepada penduduk-penduduk lain sekiranya EMCO terpaksa dilaksanakan, hanya kerana kerajaan kurang kompeten dalam memastikan wabak ini terkawal di peringkat awal. EMCO akan memberi impak besar kepada mereka yang selama ini telahpun terjejas pendapatan akibat pandemik.


Kerajaan, ini melibatkan nyawa semua penduduk di Ayer Keroh. Please function!


YB Kerk Chee Yee ADUN Ayer Keroh


涉及1间工厂51员工确诊的Jalan Seri Raya cluster (2021年7月3日公布),也就是3天前就已经公布。


过了三天,但现在为止(2021年7月6日1pm),我们仍没有听见政府作出任何针对这个cluster的任何措施。有的只是可能进行EMCO的流言,但没有任何官方公布。


我想问以下几个问题:

1- 这个cluster是如何发生的?是在工作地点感染的?还是在住处?还是在社区或公共场所?政府有必要给所有住在相关地点的居民一个合理的解释和交代,让大家掌握最真实的资讯,以警惕附近的民众。等待政府采取行动的同时,也可以采取相关防疫措施。

2- 如果确诊者是在工作地点感染的,政府是否有确保工作地点的和厂家的所有SOP都已经被遵守?如果是在住处或社区感染的,7月3号公布的cluster,表示很有可能公布的一星期前病毒就已经潜伏在社区内,政府又做了什么相应措施?

3- 如果谣言属实,即cluster中的确诊者是外籍劳工,政府采取了什么行动确保情况受控?众所周知,这一带(Taman Ayer Keroh Height与Taman Muzaffar Shah)是许多外劳的居住处,一间单位可达8个人居住,同时也是外劳们活动的地方。这样的条件和环境,表示社区传染的风险可以被提高。

如果因为政府没确保所有该遵守的SOP都被遵守,而导致这个cluster发生,这对大家是很不公平的。


如果因为政府的无能,无法在第一时间把传染风险和疫情控制住,而导致可能必需进行EMCO,这对居住在相关地点的居民也是很不公平的。进行EMCO的话,大家的生活肯定会进一步被影响,更别说那些已经被疫情摧残了许久的弱势群体。


政府,人命关天,请你们把工作做好。


郭子毅 爱极乐州议员



3 views0 comments
bottom of page