top of page
  • Writer's pictureKerk Chee Yee

Kluster Jalan Seri Raya | 10 Julai 2021 | Ini Bukan Berita Baik

10 Julai 2021


Ini bukan berita baik.

Dalam kenyataan Ketua Polis Melaka semalam (9 Julai 2021), 51 kes positif tersebut merupakan pekerja asing dari Selangor dan pihak majikan gagal mematuhi peraturan dengan mengaturkan saringan Covid19 sebelum pekerja asing tersebut dibawa masuk kerja.


Ini bagai ‘kes import’ bagi Melaka, walaupun setakat ini tiada maklumat secara rasmi bilakah pekerja asing yang positif ini dibawa masuk dan mula berpenghuni di Ayer Keroh atau bekerja di kilang tersebut.


Apa yang lebih membimbangkan saya ialah kenyataan media Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Melaka, Ramli Mohd Ali yang menyatakan jumlah kes dalam kalangan pekerja adalah seramai 354 orang, termasuk 237 daripadanya warga asing.


Maklumat 354 atau 237 ini tidak dapat dikesan sepenuhnya dalam laporan kes harian KKM setakat ini (10 Julai 2021).


Sekiranya angka ini benar, mungkin kesemua atau sebahagian daripada angka ini berpunca daripada 51 kes positif ini - bermaksud kes 51 positif ini (walaupun ‘kes import’) telah mengakibatkan penularan dalam kalangan pekerja lain.


Kalau rujuk kenyataan saya pada 6 dan 8 Julai 2021, saya sudah tanya soalan ini :


Jangkitan berlaku di tempat kerja atau tempat tinggal? Atau kedua-duanya?


Setakat ini, tiada maklumat rasmi. Tapi besar mungkin ialah tempat tinggal, iaitu dalam komuniti.


Yang merisaukan saya ialah, kemungkinan komuniti tempatan terdedah kepada risiko menjangkit wabak ini dan kemungkinan PKPD bersasar ini yang hanya mensasarkan pekerja kilang tidak akan berkesan. Ini telah diterangkan dalam kenyataan saya pada 8 Julai 2021.


354, 237 atau 51 pesakit positif ini mungkin telah berinteraksi dengan komuniti dalam kawasan Ayer Keroh sebelum mereka dikesan positif dan tindakan kuarantin diambil.

Walaupun ‘contact tracing’ seharusnya telah dilaksanakan dan kontak rapat telah dikenalpasti, adakah kerajaan 100% yakin bahawa tiada yang tercicir dalam proses ini, atau tiada pihak selain daripada kontak rapat yang dijangkit wabak ini yang sekarang berisiko menjangkitkan wabak ini kepada orang lain?


Ini bagai satu ‘time bomb’ kepada komuniti Ayer Keroh pada pandangan saya.

Ini juga kenapa saya kata dalam kenyataan saya pada 8 Julai 2021, kerajaan tidak patut menganggap bahawa komuniti tempatan Ayer Keroh selamat daripada jangkitan virus dan hanya mensasarkan pekerja kilang dalam ujian calitan atau segala langkah membendung jangkitan Covid19 susulan daripada kluster ini.


Don’t leave the local community out!


YB Kerk Chee Yee ADUN Ayer Keroh


我担心的事情可能正在发生。


根据甲州警长的文告,这51宗确诊病例都是来自雪州的外劳。雇主未根据规定,在外劳进入甲州工作之前,为这批外劳进行筛检。


这对甲州来说大概就是个‘kes import’,虽然目前为止,没有任何官方资料显示这批员工是什么时候抵达马六甲,或开始工作。


值得注意的是,标准作业程序委员会主席 Ramli Mohd Ali的媒体声明中,他提到工厂员工中有354人确诊,其中237人是外劳。


这354或237 的数字,目前在KKM的网站是没有完全被纳入报告的。


然而,假设这个数字是真的,很有可能全部或部分的确诊病例,是由这51宗确诊病例(虽然是’kes import’)感染的。


我在之前的文告(7月6号及8号,见留言内链接3&4)提出了疑问,问这个cluster的传染是在工作地点发生还是住处,还是两者都有。


目前,没有任何官方资料能回答这问题,但极有可能是住处,也就是在社区内传染的。


如果是社区内感染的,社区内的每一位都可能曝露在感染病毒的风险,这个只针对工厂员工的PKPD bersasar也可能不会奏效。


这354,237或51名确诊者,很有可能在他们被发现确诊前,已在社区内活动一段时间,并且与社区内的居民有互动。


虽然contact tracing应该已经被执行,密切接触者也应该正在强制隔离,但有关单位是否能100%保证没有漏网之鱼,或没有密切接触者以外的人士被感染,并且目前正在社区内感染着更多人?


对我而言,这可以是爱极乐社区内的一颗计时炸弹。


这也就是为什么,我在我7月8日的文告中提及,政府不应该假设爱极乐的社区份子和当地居民都没有感染病毒的风险,并在大规模筛检或任何防疫措施中把当地居民排除在外。


Don’t leave the local community out!


郭子毅 爱极乐州议员 #DUNAyerKeroh #PKPDBersasar #Kluster #Covid19

2 views0 comments
bottom of page