Impian Internet dan 'Digitalisation' Kerajaan Pakatan Harapan - National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP)

Friday, March 13, 2020

National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) merupakan satu dasar Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kerajaan Pakatan Harapan yang banyak memanfaatkan negeri Melaka. 

 

Antara keutamaan NFCP ialah meningkatkan kelajuan internet, memperluaskan liputan internet berkelajuan tinggi, mengurangkan harga internet berkelajuan tinggi, serta mempercepatkan proses “digitalisation” di seluruh negara dalam masa 5 tahun (2019-2023). [ baca rujukan ]

Pada hujung tahun 2018, negeri Melaka telah dipilih untuk menjalankan salah satu projek rintis (pilot project) bawah NFCP dan sejak itu bermulanya penglibatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam sektor pemasangan fiber optik secara wholesale. Lokasi yang dipilih ialah kawasan Jasin, Melaka. 

 

Melalui projek rintis tersebut, 1,100 unit termasuk kawasan taman perumahan, kuarters polis, bangunan kerajaan (POS office dan Majlis Perbandaran Jasin) serta Felda Kemandor sedang menikmati kelajuan internet sehingga 1Gbps. 

 

YB Gobind Singh Deo (Menteri KKMM) telah merasmikan pelancaran projek rintis tersebut pada Januari 2019.

 

Selepas kejayaan projek rintis tersebut, NFCP berskala seluruh negara telah dilancarkan pada bulan September 2019. Peruntukan berjumlah RM21.6 billion (bercampuran dana daripada sektor swasta dan stakeholder industri) sepanjang 5 tahun (2019-2023) juga diumumkan dalam Belanjawan 2020 oleh YB Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dalam ucapan beliau. 

 

 

TNB kemudian bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka dan merancang untuk memasang 16,000 unit port High Speed Broadband (HSBB) di ketiga-tiga daerah Melaka dalam Q1 2020 sebagai perancang awal  — 8,200 port di Daerah Alor Gajah, 3,800 port di Daerah Jasin, 4,000 port di Daerah Melaka Tengah.

 

Ini bermaksud, sepatutnya pada hujung bulan Mac 2020, sekurang-kurangnya 16,000 unit perumahan/premis di negeri Melaka yang sebelum ini tiada HSBB akan mula menikmati internet berkelajuan tinggi. 

 

Ini tidak lagi termasuk perancangan pihak pembekal HSBB yang lain seperti Telekom Malaysia (Unifi), Time Dot Com atau Maxis yang turut memainkan peranan aktif bawah NFCP.

 

Perbincangan berterusan juga diadakan antara saya dengan pihak berkuasa termasuk MCMC, PBT, UPEN dan lain-lain untuk memastikan kelancaran pelaksanaan dan “roll-out” NFCP di negeri Melaka. Antara tugas yang utama adalah pengurangan birokrasi serta menetapkan SOP yang mesra kepada projek NFCP di peringkat negeri. Ini menjadi agenda utama dalam Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi yang dipengerusikan oleh saya sendiri.

 

Saya berharap pelaksanaan NFCP boleh terus berjalan lancar di Melaka dan Malaysia supaya hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk meningkatkan proses “digitalisation” di Malaysia boleh direalisasikan.

 

------------

Rujukan: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30736

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Categories
Please reload

Recent Posts