Pencapaian 1 Tahun: DUN Ayer Keroh

Tuesday, May 7, 2019

Di DUN Ayer Keroh, pasukan JAPERUN saya bersama 7 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan 5 orang Ahli Majlis MPHTJ komited dan sentiasa sedia membantu.

 

Sejak tahun lalu, kita bersama agensi-agensi kerajaan yang lain telah berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi para penduduk.

 

 

RM 5 JUTA MENUKAR PAIP AIR UNTUK MENGATASI MASALAH TEKANAN AIR RENDAH
 

Lebih kurang 25% paip air yang sedia ada di Melaka adalah sangat usang.

 

Paip yang sedia ada telah digunakan sejak pembangunan di kawasan Ayer Keroh Heights dan Taman Muzaffar Shah hampir 30 ke 40 tahun lalu. Paip ini tidak mampu menerima tekanan air yang kuat. Selama ini, tekanan air yang rendah di kedua-dua kawasan tersebut telah menyukarkan para penduduk.

 

 

Oleh itu, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk menyempurnakan proses pertukaran paip air.

 

Proses penggantian paip di kawasan tersebut dilakukan secara berperingkat dan dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 1,500 buah premis.

 

Proses naik taraf penukaran paip itu juga membabitkan 56 pili bomba dengan keseluruhan 9,438 ukuran meter yang akan dikendalikan secara tiga fasa.

 

 

RM960 RIBU UNTUK MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT

 

Sebanyak RM968,400 diperuntukkan bagi menaik taraf sistem perparitan untuk menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan di Kampung Sungai Putat, Taman Beringin dan Taman Seri Jati. Kawasan-kawasan ini sering dilanda banjir kilat sejak lebih 10 tahun lalu.

 

Selaku ADUN kawasan, lawatan serta mesyuarat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang bertujuan mengkaji masalah banjir kilat dan mencari penyelesaian telah diadakan. Adalah didapati banjir kilat berpunca daripada paras ketinggian kawasan yang rendah dan sistem perparitan yang tidak cekap. Rumah penduduk terutamanya di Kampung Sungai Putat dan Taman Seri Jati dilanda banjir walaupun hujan hanya sederhana lebat.

 

 

Kerja menaik taraf kini sudah dimulakan dan dijangka akan disiapkan pada bulan Ogos.

 

Peruntukan itu digunakan bagi melebarkan longkang sepanjang 416 meter dari Public Bank di Melaka Baru sehingga ke sungai berdekatan, serta pemasangan rumah pam dan ‘flap gate’ supaya memastikan sistem perparitan berfungsi dengan lancar.

 

Pada masa sama, pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah meningkatkan kekerapan membersihkan longkang tersebut untuk mengelakkannya dari tersumbat. Kini, longkang itu dibersihkan sekali dalam 3 minggu (sebelum ini, hanya 3 ke 4 kali sahaja setahun).

Facebook: kerkcheeyee.my
Instagram: @kerkcheeyee

Twitter: @Kerkcheeyee 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Categories
Please reload

Recent Posts