Pencapaian 1 Tahun: Belia & Sukan

Tuesday, May 7, 2019

Apa yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan negeri Melaka

 dalam tempoh setahun sejak PRU14 bagi membantu golongan belia

dan membangunkan bidang sukan?

 


 

 

 

RUMAH BELIA MELAKA (RBM)

 

• Skim perumahan khususnya untuk golongan belia Melaka yang bertujuan membantu mereka membeli rumah pertama mereka
• Fasa pertama di Durian Tunggal menawarkan 104 unit rumah teres 2 tingkat

• Subsidi sebanyak 10% daripada harga pasaran
• Melaksanakan salah satu manifesto Pakatan Harapan

​​​Kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan Rumah Belia Melaka ("RBM") yang merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Lembaga Perumahan Melaka. Ia juga merupakan skim perumahan belia yang pertama di Malaysia.

 

Belia yang layak dan berjaya mendapat kelulusan daripada Jabatan Belia dan Sukan​​ Negeri Melaka boleh menikmati subsidi pembelian rumah sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga pasaran. Subsidi tersebut serta bayaran guaman dan duti setem akan dibiayai oleh pihak pemaju.

 

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi:

 

1) Berusia 18 sehingga 35 tahun;

2) Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM8,000 ke bawah;

3) Tidak permah memiliki rumah;

4) Merupakan warga Melaka atau pemastautin tetap selama lima tahun ke atas di negeri Melaka.


​​Borang permohonan berkenaan boleh diperolehi daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Lembaga Perumahan Melaka dan pihak pemaju.
 

Skim RBM diyakinkan dapat membantu golongan belia dalam pembelian rumah dan pada masa yang sama, tidak membawa kesan negatif yang lain terhadap pasaran perumahan negeri secara umumnya.

 

 

ELAUN & INSENTIF TAMBAHAN UNTUK ATLET & JURULATIH


Struktur elaun bagi atlet dan jurulatih negeri Melaka ditambahbaikkan sebagai suntikan awal dalam usaha memastikan Melaka dapat meningkatkan prestasi pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor.

 

 

1. Elaun Asas SUKMA: Atlet/pasukan yang mewakili kontinjen Melaka dalam SUKMA dan berkelayakan diberi RM200 sebulan 

 

2. Projek Emas: Insentif tambahan yang berdasarkan potensi atlet meraih pingat. Contohnya, mereka yang pernah memenangi pingat dan dijangka bertanding lagi di SUKMA 2020 diberi insentif bulanan seperti berikut:

 

• Emas: RM300 sebulan 

• Perak: RM100 sebulan

• Gangsa: RM50 sebulan

 

3. Tambahan elaun jurulatih - tambahan elaun antara RM50 dan RM900 kepada jurulatih berdasarkan kelayakan dan SPKK

 

 

JAWATANKUASA PEMANTAUAN ESPORTS + PEMBANGUNAN ESPORTS

 

Jawatankuasa Pemantauan eSports

 

• Membezakan Pusat eSports (tempat latihan / anjuran kejohanan eSports yang sah) daripada cybercafe konvensional dan juga membantu pengusaha mendapat lesen perniagaan berkenaan

 

• Juga sentiasa memantau kualiti kemudahan Pusat eSports serta membanteras aktiviti yang kurang baik​​

 

• Merupakan kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, MCMC, PDRM, Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). ​​

 

• Menyediakan atlet-atlet eSports di peringkat negeri Melaka supaya dapat menghadapi SUKMA 2020 di Johor dimana e-Sports akan diketengahkan

 

Jawatankuasa Pembangunan eSports

 

• Memupuk kesedaran dan persepsi positif terhadap bidang sukan yang baharu ini di kalangan masyarakat 

 

• Menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan peminat dan atlit-atlit eSports

 

• Mengkaji dan memberi nasihat tentang hala tuju bidang eSports

 

Kedua-dua jawatankuasa ini dijangka dapat mencungkil bakat dan membangunkan eSports negeri Melaka.

 

 

LATIHAN BANTUAN AWAL KECEMASAN UNTUK PENGUSAHA GELANGGANG SUKAN

 

Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, St John Ambulans dan pengusaha gelanggang badminton komersil telah bekerjasama melatih petugas atau pekerja di gelanggang badminton tentang bantuan awal kecemasan khususnya Resusitasi Kardiopulmonari (CPR).

 

Sekurang-kurangnya seorang petugas di premis perlu mempunyai latihan asas atau mampu memberi bantuan awal kecemasan kepada pelanggan yang mengalami serangan jantung.

 

"Serangan jantung perlu ditangani dengan segera dalam tempoh empat minit selepas fungsi jantung terhenti kerana sekiranya lewat ia akan menyebabkan kerosakan sel otak atau kematian."

 

Selain itu, pengusaha gelanggang badminton turut digalakkan menyediakan "Automated External Defibrillator" (AED) di premis berkenaan untuk digunakan ketika berhadapan insiden serangan jantung.

 

Program latihan ini bakal dijalankan untuk pengusaha kemudahan sukan yang lain pada masa hadapan.

Facebook: kerkcheeyee.my
Instagram: @kerkcheeyee

Twitter: @Kerkcheeyee 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Categories
Please reload

Recent Posts