RM7.6 juta diperuntukkan untuk naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Melaka

Tuesday, March 5, 2019

 

Jumlah peruntukan sebanyak RM7.6 juta telah diperuntukkan untuk tujuan naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh Melaka.

 

Saya sering menerima aduan tentang keusangan fasiliti sukan di negeri Melaka. Pemantauan atas fasiliti sukan juga sering dijalankan oleh pasukan saya dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Perbadanan Stadium Melaka serta Majlis Sukan Negeri. Dalam sesi perbincangan dengan persatuan-persatuan sukan di negeri Melaka, isu-isu keperluan untuk naiktaraf dan penyelenggaraan juga sering dibangkitkan. 

 

Namun, berdasarkan kemampuan kewangan pihak kerajaan negeri Melaka, penaiktarafan fasiliti sukan hanya boleh dijalankan secara berperingkat.

 

Dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan, peruntukan berjumlah RM7.6 juta telah diperolehi untuk tujuan naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh, Melaka.

 

Antara fasiliti yang akan dinaiktarafkan termasuklah dewan besar, dewan tertutup, gymnasium, hostel, dewan kuliah, surau, gelanggang futsal, gelanggang tenis dan gelanggang pentaque. 

 

 

 

Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh telah berhenti menerima tempahan bagi kegunaan fasiliti-fasiliti di dalam kawasan tersebut sejak 1 March 2019. Pelaksanaan kerja penaiktarafan dijangka akan ambil masa 18 bulan. 

 

Pihak saya bersama dengan jabatan-jabatan bawah portfolio belia dan sukan negeri Melaka akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti fasiliti sukan dalam negeri Melaka untuk mengukuhkan pencapaian atlit negeri kita.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Categories
Please reload

Recent Posts