Apakah sebab untuk Undi Kerk Chee Yee?​

Saturday, May 5, 2018

 

​Fakta Mengenai Kerk Chee Yee

  • Setiausaha Politik Lim Kit Siang

  • Dilahirkan serta dibesarkan di Melaka

  • Graduan University of Melbourne,  Bachelors of Commerce

  • Bekerja dalam bank pelaburan sebelum menyertai DAP

“Berbanding kawan-kawan sebaya, saya bertuah didedahkan lebih awal kepada dunia politik kerana berpeluang mempelajari politik daripada mendiang ayah saya, iaitu Kerk Kim Hock (mantan Setiausaha Agung DAP), yang banyak mengorbankan masa, kesihatan, dan juga masa kualiti bersama keluarga, untuk berjuang demi rakyat Malaysia.”​​​​

 

Visi untuk Malaysia

 

1) Mengembalikan keberanian untuk memajukan Malaysia

 

Sistem kerajaan kini merupakan sistem yang mengabaikan kebajikan rakyat untuk mengekalkan kuasa dan kepentingan sendiri. Sistem yang tidak adil ini telah menyebabkan ramai hilang keberanian untuk membayangkan sebuah negara yang lebih maju. Ramai telah berputus asa dan tidak lagi cuba membawa perubahan kepada negara. Oleh itu saya menyeru semua bertindak untuk berubah, supaya rakyat Malaysia terutamanya generasi muda dapat melangkah ke masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

 

2) Yang penting itu rakyat, bukan kerajaan

 

​​Untuk masa yang lama, suara rakyat ditolak dan diabaikan oleh para pemimpin Barisan Nasional. Kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya menghormati suara rakyat di bawah jagaannya, serta memberi bantuan kepada mereka yang perlukan bantuan. Saya berjanji berprihatin mewakili dan menjadi tonggak rakyat bukan hanya di Ayer Keroh, tetapi di seluruh Melaka.​

 

3) Pembaharuan sistem, untuk sebuah kerajaan yang bersih dan cekap

 

Undang-undang kini tidak lagi melindungi rakyat Malaysia, kerana mereka yang berkuasa telah memanipulasikan sistem perundangan negara kita untuk kepentingan mereka sendiri.

 

Saya berjanji untuk mengangkat Ayer Keroh dan negara ke tahap yang lebih tinggi, dengan mengubah sistem dan memansuhkan rasuah melalui pembaharuan politik, institusi, ekonomi, dan sosial.

 

4) Memperbaiki pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan trafik

 

Sebagai pusat pelancongan yang popular, Melaka mengalami kesasakan trafik yang menyusahkan rakyat Melaka. Saya berjanji akan berusaha mewujudkan perkhidmatan bas percuma untuk menghubungkan pelbagai lokasi utama, termasuk ‘hotspot’ pelancongan, daerah perniagaan, hospital-hospital dan stesen pengangkutan untuk mengurangkan masa dan kos perjalanan. Dengan itulah Melaka akan menjadi sebuah negeri yang cekap dan produktif.

 

5) Mengatur semula harga perumahan dan membina rumah mampu milik

 

Harga hartanah di Melaka kekal tinggi beberapa tahun kebelakangan ini. Pada masa yang sama, terdapatnya banyak hartanah yang tidak dijual. Puncanya kelebihan hartanah yang agak mahal malah hartanah mampu milik pula dalam kekurangan. Saya berharap dengan kajian dan kawalan yang sesuai, kita mampu membekalkan jenis hartanah yang berasaskan keperluan rakyat supaya kepentingan dan kebajikan semua lapisan rakyat Melaka terjamin.
 

 

"Harapan saya untuk semua rakyat Malaysia adalah negara Malaysia yang mengamalkan "Care is King". Let's make it happen on 9 May 2018!"

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Categories
Please reload

Recent Posts