• Kerk Chee Yee

Thank You Frontliners | 辛苦了,前线人员

16 Jun 2021



Beberapa hari yang lalu, saya telah singgah di Poliklinik Ayer Keroh, Balai Polis Batu Berendam, Balai Polis Ayer Keroh dan Balai Polis Bukit Baru. Saya telah menyampaikan roti dan minuman kepada para petugas. (Rujuk pautan di komen bagi post kunjungan saya ke PPV Dewan Tun Ali & PPV Jalan Hang Tuah).


Petugas frontliner kita menghadapi tekanan yang besar. Ramai yang telah lama tidak berjumpa dengan ahli keluarga kerana risau tentang risiko jangkitan Covid19 atau waktu/tempat tugasan yang tidak mengizinkan.


Walaupun petugas frontliner tidak memberitahu, saya sering dimaklum bahawa ada orang ramai yang memarah petugas frontliner kita, khususnya mereka yang bertugas di PPV.


Saya pernah dengar bahawa ada yang melawat ke PPV dan mempersoal petugas frontliner kita kenapa belum sampai giliran mereka untuk menerima vaksin. Ada juga yang memarah frontliner kita kerana terpaksa menerima vaksin di PPV yang berjarak lebih kurang 30 minit perjalanan kereta.


Walaupun petugas PPV menjelaskan bahawa jadual dan temu janji untuk menerima vaksin bukan bawah bidang kuasa dan tanggungjawab mereka, ramai masih melepaskan geram mereka ke atas petugas frontliner.


Saya ingin menyeru pihak-pihak yang membuat dasar dan polisi melaksanakan tugas mereka dengan bertanggungjawab. Sudah 1 tahun lebih kita melawan Covid19 dan tidak wajar kita masih dalam keadaan kelam-kabut dalam pelaksanaan polisi berkenaan. Ini amat tidak adil bagi pihak frontliner kita.


Kepada semua petugas frontliner kita, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.


May the force be with us.



不久前,我们也到访了Poliklinik Ayer Keroh、Batu Berendam警局、Ayer Keroh警局及Bukit Baru 警局,并派发了面包及饮料给所有正在执勤的前线人员。(不久前也到了PPV Dewan Tun Ali及PPV Jalan Hang Tuah,见留言内链接)。


前线人员面对的挑战非一般人所能想象,除了长时间曝露在高风险的环境下执勤,他们也面对各种心理压力:有的因为怕感染风险选择搬出来不跟家人住、有的已经有快一年没有见到家人。


在我与前线人员交谈时,虽然他们没有回答我,但我问起是否会有民众到现场刁难他们,我能看得出他们无奈的表情。


我自己也常常听到有民众到PPV与执勤官员争吵,质问为什么还没轮到他们打疫苗;更是有一些案例,接种者被迫到车程超过30分钟以外的PPV注射疫苗,一到了现场便和官员争吵。

然而,决定谁什么时候到哪里打疫苗,是卫生部及MySejahtera系统的权限,PPV的官员毫无权力决定。


抗疫一年了,负责制定系统和政策的部长们有责任把该安排好的事情都做好,而不是在每件事都做到Kelam-kabut,让前线待命的工作人员白白受苦。


辛苦了,前线人员。我们一起度过这个难关。


#DUNAyerKeroh #PPV #Frontliner

https://www.facebook.com/kerkcheeyee.my/posts/1489587858044580

0 views0 comments