• Kerk Chee Yee

Tahniah kepada JBS Melaka! | 感谢马六甲青年与体育局

17 Jun 2021



Kunjungan ke PPV berikut:

这几天拜访了以下数间疫苗接种中心:


-PPV Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Masjid Tanah; -PPV CREATE Alor Gajah; -PPV Dewan Hj Ahmad Ithnin Merlimau; dan -PPV Dewan Alamandar



Semasa kunjungan saya ke PPV tersebut, saya telah menyampaikan roti dan air minuman kepada semua anggota petugas.


Anggota-anggota yang bertugas di PPV terdiri daripada anggota KKM, RELA, APM, PDRM dan sukarelawan yang berdaftar bawah MyVac (bawah penyelarasan Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka atau JBS).


Saya difahamkan bahawa setakat ini terdapat 137 sukarelawan yang bertugas di PPV dalam negeri Melaka. Kesemua sukarelawan MyVac adalah bawah penyelarasan JBS dan ramai dalam kalangan mereka ialah pelajar universiti.


Tempoh minima program sukarelawan di PPV bagi setiap sukarelawan ialah seminggu dan JBS bertanggungjawab memastikan sukarelawan MyVac diberi taklimat yang secukupnya supaya sedia berkhidmat di PPV yang diaturkan.


Program MyVac memastikan operasi di setiap PPV boleh berjalan dengan lancar kerana ada kekuatan kakitangan yang mencukupi.


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak JBS Melaka kerana telah memainkan peranan penting dalam memastikan PPV kita berfungsi dengan baik dan lancar.

Sebagai mantan EXCO yang pernah bekerja bersama mereka, I’m very proud of JBS Melaka!


Saya berharap EXCO Belia & Sukan semasa bekerjasama rapat dengan JBS dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Melaka, terutamanya dalam tempoh yang mencabar buat semua pihak kini. We need a government that can lead and function!


Selamat bertugas!



我与团队拜访了以上疫苗接种中心,也送上面包 及饮料给当值的员工们当下午茶享用。

一间疫苗接种中心的工作人员包括卫生局成员(医生、护士等)、RELA、民防队、警方,还有透过MyVac报名的志工(由州青年及体育局’JBS’管辖及协调)。


据我了解,目前共有137名在MyVac下报名的志工在甲州各处的疫苗接种中心服务。他们大多是大学生。


MyVac计划中,每位志工需服务至少一个星期,并且会由JBS协调及给予训练,确保每一位志工都做好充分准备到PPV服务。也正因为有了MyVac底下报名的志工们,我们的疫苗接种中心才能有充足的人手投入运作。


其中JBS扮演的角色可谓至关重要,更是直接地确保了甲州的PPV运作顺利。


身为管理JBS部门的甲州前行政议员,我在此向甲州JBS致以万二分谢意。


我希望,现任的青年及体育行政议员能和JBS融洽相处,合作无间,在人民需要具领导能力的政府时不负众望,为民请命。


#PPV #JBS #JBSNMelaka #MyVac #Covid19 #DUNAyerKeroh

https://www.facebook.com/kerkcheeyee.my/posts/1490385247964841


0 views0 comments