top of page
  • Writer's pictureKerk Chee Yee

Program Subsidi Ujian Saringan Komuniti Bersasar Ayer Keroh | 爱极乐社区针对性筛检补贴计划 | Keputusan

21 Julai 2021



58 orang diuji, 5 positif Program subsidi ujian saringan bersasar bagi komuniti Ayer Keroh telah tamat pada 19 Julai.


Berdasarkan maklumat daripada pihak klinik, sebanyak 58 ujian RTK telah dijalankan dan 5 antaranya adalah positif (juga disahkan positif melalui ujian PCR).

Doktor juga memaklum bahawa 2 daripada 5 kes positif tersebut merupakan individu yang hanya datang ke klinik untuk beli ubat tetapi menjalankan ujian selepas nampak poster program dan bawah galakan doktor.

Walaupun bilangan 58 tidak mewakili sample yang cukup besar dalam konteks komuniti Ayer Keroh yang berkemungkinan terdedah kepada risiko Covid19, bilangan positif (5 daripada 58) tersebut cukup memberi gambaran bahawa virus berkemungkinan sudah wujud dalam komuniti.

Melalui pengumuman KKM, dalam tempoh 3 minggu yang lalu (30 Jun - 20 Julai), terdapat 1,187 kes positif yang dilaporkan dalam 4 lokaliti iaitu kawasan perindustrian Ayer Keroh (991), Taman Ayer Keroh Height (90), Taman Muzaffar Shah (46) dan Taman Muzaffar Height (60).

Kebanyakan kes positif ini hasil daripada ujian saringan ke atas pekerja kilang di bawah syarat PKPD bersasar.

Bagi komuniti Ayer Keroh, kita tidak tahu berapa yang merupakan pembawa virus atau sudah terjangkit wabak kerana tiada tindakan daripada kerajaan bagi mengenalpastikan golongan ini dalam komuniti (kecuali program Japerun Ayer Keroh dan saya pernah mempertikaikan program tersebut, rujuk pautan dalam komen).

Kita perlukan mass testing. Bukan sahaja apabila berlakunya kes di suatu lokaliti seperti Ayer Keroh atau Portugese Settlement, tetapi secara umumnya di kawasan-kawasan yang dianggap berisiko.

Ia penting supaya kerajaan mampu mengenalpastikan mereka yang positif sebelum terlewat, memberi rawatan atau mengambil tindakan awal untuk memutuskan rangkaian jangkitan, dan mengurangkan beban hospital dan institusi perubatan yang sudah amat tertekan sekarang. Dengan ini, kita ‘stand a chance’ menang lawan Covid19.

YB Kerk Chee Yee ADUN Ayer Keroh


58人检测,5人确诊

爱极乐社区针对性筛检已经在7月19日结束。

根据诊所告知,共有58名居民在该活动中受惠,当中有5名确诊者(确诊者也进行了PCR以确认检测结果)。

医生透露,这5名确诊者中的其中2位,本来只是来医院看其他病和买药,但看见了活动海报便在医生鼓励下进行筛检。

58名筛检者,在爱极乐社区和曝露在感染风险的人口看来,只是冰山一角,也不是一个足够大的样本数量。但58次的筛检中有5名确诊,足以证明社区内是存在着感染风险的。

根据卫生部过去三个星期的官方数据(6月30日至7月20日),爱极乐四个地点(locality)内共有1,187宗确诊病例。这1,187宗分别是爱极乐工业区(991宗)、Taman Ayer Keroh Height(90宗)、Taman Muzaffar Shah (46宗)、和Taman Muzaffar Height (60宗)。

这些确诊病例中,很多是透过PKPD bersasar中工厂员工的强制性筛检发现的。

爱极乐社区内是否潜伏者更多的带病毒者或者确诊者呢?我们不得而知。因为政府至今没有针对社区内进行大规模筛检活动(除了Japerun Ayer Keroh的小规模一天筛检活动,我也曾公开质疑该活动,请见留言内链接)。

我们需要大规模筛检(mass testing)。不单是当一个地区内发生多宗病例(如Ayer Keroh和葡萄牙村)时,而是普遍地在各地区各领域进行。

只有及早发现确诊者,及早采取治疗和隔离措施,及早阻断感染链,我们才可以打赢这场仗,也为已经濒临崩溃的医疗系统减轻负担。

郭子毅 爱极乐州议员




12 views0 comments
bottom of page