• Kerk Chee Yee

Program Subsidi Ujian Saringan Komuniti Bersasar Ayer Keroh | 爱极乐社区针对性筛检补贴计划

14 Julai 2021



Saya menyumbang gaji sebulan bagi mensubsidikan swab-test untuk komuniti Ayer Keroh.


Di kawasan Ayer Keroh, berlakunya 51 kes positif pada 3 Julai 2021 (Kluster Jalan Seri Raya). Kemudian, 523 kes positif pada 10 Julai 2021, akibat daripada ujian saringan pekerja kilang kerana PKPD bersasar.


Kalau dalam seminggu, kes positif dalam kalangan pekerja kilang boleh naik dari berpuluh-puluh sehingga mencecah 500, adakah kerajaan yakin bahawa TIADA kes langsung dalam kalangan komuniti?


Kepadatan penduduk serta corak kehidupan komuniti di Ayer Keroh meningkatkan risiko penularan wabak dalam kalangan seluruh komuniti, tidak kira pekerja kilang atau penduduk tempatan, warga Malaysia atau warga asing.


Saya sudah berkali-kali mempersoalkan keberkesanan PKPD bersasar ini (yang hanya dilaksanakan pada 8 Julai 2021, iaitu 5 hari selepas pengumuman kluster Jalan Seri Raya) kerana ia hanya mensasarkan pekerja kilang. Ia seolah-olahnya menganggap komuniti Ayer Keroh selamat daripada menjangkit Covid19.


Saya juga telah 3 kali menyeru kerajaan supaya menjalankan swab-test dan segala langkah pembendungan wabak Covid19 ke atas komuniti Ayer Keroh, bukan sahaja pekerja kilang, kerana komuniti tempatan juga perlu dilindungi.


‘Mass-testing’ perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengenalpasti individu-individu yang telah menjangkit Covid19 supaya kita mampu membendung penularan wabak ini secara berkesan.


Sampai hari ini, tiada tindakan daripada kerajaan.


Setiap hari yang lalu, bertambahlah kemungkinan wabak ini menular dalam komuniti Ayer Keroh dan berisiko merebak ke seluruh daerah atau negeri!


Kalau kerajaan tidak sudi mengambil tindakan dan selamatkan komuniti Ayer Keroh, saya sebagai ADUN Ayer Keroh akan mengambil tindakan sendiri dan membantu komuniti Ayer Keroh!


Saya akan menyumbang gaji sebulan bagi mensubsidikan swab-test untuk komuniti Ayer Keroh (4 kawasan berisiko tinggi/hotspot). Setiap individu hanya perlu membayar RM30 bagi menjalankan swab test.


Saya ADUN pembangkang. Tiada peruntukan, tiada kuasa menentukan dasar dan polisi, dan tiada sidang DUN sekarang untuk saya bangkitkan isu ini. Ini satu-satunya benda yang boleh saya lakukan bagi menggalakkan komuniti Ayer Keroh melakukan ujian calitan, selepas berkali-kali membuat seruan kepada kerajaan tetapi tidak diendahkan.

Kalau kerajaan tidak sudi membantu, kita sendiri jaga sendiri!


YB Kerk Chee Yee ADUN Ayer Keroh


爱极乐工业区内的确诊病例已经累计有数百宗了。


2021年7月3日,Jalan Seri Raya cluster中有51 宗。一星期后的2021年7月10日,单单是爱极乐工业区相关工厂的员工,在经过PKPD bersasar (强化针对性行动管制令)强制筛检后,确诊数字飙升到523宗。


如果在一个星期内,工业区工厂员工确诊数字可以从数十人飙升到数百人,政府真的认为员工居住的社区内的其他居民都是零确诊吗?


我已经三番四次地质疑政府执行的PKPD bersasar是否真的有效(而且是在7月3号Jalan Seri Raya cluster 公布后5天才执行)。


我会如此质疑,是因为PKPD bersasar只是针对工厂的员工,仿佛是在假设社区内的居民完全不会被感染。


爱极乐区域内,从人口密度和活动方式来看,无论是工厂员工还是当地居民、国人还是外劳,社区病毒感染的风险是很高的。换句话说,每个人都一样曝露在感染和传染病毒的风险下。

我已经三次呼吁政府,任何筛检和防疫措施中,别把爱极乐社区内的居民排除在外,因为社区内大家都需要受到保护。


爱极乐需要马上进行大规模筛检,尽早找出社区中可能确诊的人士,以便有效制止病毒感染。

遗憾的是,到今天,政府还是完全没行动。


这个计时炸弹正在让更多人曝露在受感染的风险中;每过一天,爱极乐社区中大家的感染和传染风险就增加多一天。


既然政府不愿意采取正确的行动,身为爱极乐州议员的我,只好用自己的方式,帮助爱极乐社区内的居民。


我在此宣布,我捐出一个月的薪水,补贴爱极乐社区内四个高风险地区的居民进行筛检,符合条件者做筛检只需缴付RM30的费用。


我身为反对党议员,没有拨款、没有权力决定政策、现在也没有得去州议会和政府对质,这是我向政府喊话快一个星期喊不出任何结果,目前能做到的一点。


Kita jaga kita. 政府不帮人民,我们自己帮自己!


郭子毅 爱极乐州议员

*Syarat-syarat dan butir-butir Program Subsidi Ujian Saringan Komuniti Bersasar:

  • Ujian yang dijalankan ialah RTK-Antigen. Perlu dijalankan di Klinik Sunita, Pusat Komersial Ayer Keroh dalam tempoh 15 - 19 Julai 2021.

  • Hanya mereka yang bermastautin di Taman Ayer Keroh Heights, Taman Muzaffar Shah, Taman Muzaffar Heights dan Pangsapuri Taman Tasik Utama layak mendapat subsidi ini. Pemohon perlu menunjuk IC, bil elektrik atau dokumen yang boleh membuktikan tempat tinggal semasa berdaftar dengan pihak klinik.

  • Subsidi hanya dibelanjakan sekali sahaja ke atas setiap individu. Individu yang perlu menjalankan ujian ke-2 atau ujian yang lain adalah atas tanggungan sendiri.

  • Pekerja kilang di kawasan perindustrian Ayer Keroh yang diperlukan menjalankan ujian saringan bawah PKPD bersasar adalah TIDAK layak mendapat subsidi ini.

  • Subsidi akan ditanggung oleh YB Kerk Chee Yee, ADUN Ayer Keroh. Mereka yang layak hanya perlu bayar RM30 (selepas subsidi) bagi setiap ujian. Hanya terbuka kepada 500 orang atas dasar ‘first-come-first-serve’.

  • Peserta program diseru mematuhi segala SOP seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan dilaksanakan oleh Klinik Sunita.

*爱极乐社区针对性筛检补贴计划·条例和详情

  • 筛检类型是RTK-Antigen,只能在爱极乐商业区的Klinik Sunita进行。该补贴计划日期是2021年7月15日至19日。

  • 只有居住在Taman Ayer Keroh Heights, Taman Muzaffar Shah, Taman Muzaffar Heights和Pangsapuri Taman Tasik Utama的居民能享有这项补贴。到该诊所进行筛检者需要出示身份证、水电单,或任何可以证明居住地点的文件证明。

  • 每位符合条件者只能享有此补贴一次。如果需要进行第二次筛检或需要进行其他类型筛检,费用需要自行承担。

  • 爱极乐工业区内因PKPD Bersasar 而需要进行筛检的员工,不可享有这项补贴。

  • 补贴数额将由爱极乐州议员郭子毅承担。符合条件者进行筛检只需缴付RM30(补贴后的价钱)。名额只有500人,先到先得。

  • 参与筛检者需遵守由国家安全理事会(MKN)制定及Klinik Sunita执行的SOP。

#KitaJagaKita #DUNAyerKeroh #Sunita #SwabTest

https://www.facebook.com/kerkcheeyee.my/posts/1508829352787097



0 views0 comments