• Kerk Chee Yee

PRN Melaka VS Darurat | 甲州选举 VS 紧急状态


【 J2 解读 Let's Talk EP.21 】- 解读马六甲政局


Saya ditanya dalam forum atas talian J2解读 tentang kemungkinan PRN Melaka diadakan dalam 60 hari atau ia ditangguhkan (melalui pengisytiharan darurat seperti spekulasi dalam pelbagai media).


Pendirian saya ialah pembubaran tidak patut berlaku . Merujuk kepada post FB saya pada 6 Oktober 2021, saya telah menyatakan bahawa tidak wajar bagi Ketua Menteri Sulaiman menasihati TYT untuk membubarkan DUN kerana kesan kepada pandemik dan ekonomi.


Sekarang, pembubaran telah berlaku. Kita hanya ada 2 kemungkinan: PRN Melaka dalam 60 hari, atau darurat diisytiharkan (perlu dinasihat oleh PM kepada YDPA).

Kedua-dua kemungkinan ini merugikan rakyat. Tetapi, saya berpandangan bahawa PRN dalam 60 hari mendatangkan impak yang lebih kecil berbanding dengan pengisytiharan darurat.


Saya akan membuat perbandingan kedua-dua kemungkinan ini di bawah:


- PRN dalam 60 hari-

Kebanyakan rakyat telah diberi vaksin (89.3% populasi dewasa dan 65.2% populasi keseluruhan di Melaka setakat 10 Oktober) (program pemberian vaksin belum dilaksanakan semasa PRN Sabah); Rentas negeri kini dibenarkan kerana kadar vaksinasi yang tercapai; Melaka bawah fasa 3 dan rakyat secara umumnya sudah boleh menjalankan aktiviti harian secara bebas (hampir).


Tambahan pula, SOP dijangka akan dikenakan oleh MKN dan SPR bagi kempen pilihanraya seperti melarangkan / mengehadkan bilangan orang yang menghadiri ceramah, SOP di pusat mengundi, dan sebagainya.


Mengambil kira faktor2 di atas, SOP yang kira longgar dan kehidupan rakyat Melaka yang hampir bebas sekarang, sekiranya PRN perlu berlaku, risiko tambahan (‘added risk’) yang didatangkan adalah dijangka minimal.


- Darurat-

DUN Melaka telah dibubarkan dan Melaka sekarang tiada kerajaan negeri. Hanya ‘caretaker government’ yang tidak berkuasa membuat dasar-dasar dan keputusan penting.


Segala urusan kerajaan yang, sebagai contoh, memerlukan kelulusan pihak berkuasa, terpaksa ditangguhkan. Ini memberi impak kos dan perundangan kepada urusan bisnes.


Keyakinan pihak pelabur asing juga boleh terjejas akibat pengisytiharan darurat.


-The lesser of two evils-

Pendirian saya ialah pembubaran tidak patut berlaku dan kedua-dua option ini (PRN & Darurat) adalah option yang tidak baik. Tetapi sekiranya ini sahaja kemungkinan yang ada, saya berpendapat bahawa PRN diadakan dalam 60 hari memberi impak yang lebih kecil kepada rakyat Melaka berbanding dengan pengisytiharan darurat.


在J2解读线上座谈会中,我被询及马六甲州选举会否在60天内进行或被展延(就如各源流媒体上流传,透过颁布紧急状态,展延州选举)。


我的立场是,解散州议会一事不应该发生。我于2021年10月6月撰写的面子书专页贴文,已经表明立场:基于冠病疫情及经济影响,首席部长苏莱曼不应该劝谕甲州元首,解散甲州议会。

如今,一切都太迟了,甲州议会已经解散。我们将面对2种可能性:第,甲州60天内迎来州选举;第,首相劝谕国家元首,颁布紧急状态。


这2种可能性,皆损害人民利益。但我认为,60天内举行州选举造成的影响,相较颁布紧急状态,来得更小。我针对上述2种可能性,作出以下比较:


— 60天内举行甲州选举—

大多数人民已经接种疫苗(截至2021年10月10日,甲州89.3%的18岁以上成人及65.2%总人口已接种疫苗);沙巴州选举时,大家还没注射疫苗;国家接种率达标,跨州已经被允许;马六甲处于国家复苏计划第3阶段,整体州民已经(近乎)自由地进行日常活动。


国家安全理事会及选举委员会也预料将落实针对州选举竞选活动定制的防疫标准作业程序,如禁止或限制出席政治演讲的人数,落实投票站标准作业程序等相关举措。


按照现有算宽松的标准作业程序和大家近乎自由的日常生活,若甲州必需选举,引起的“附加风险”预计会很细微。


— 颁布紧急状态—

甲州议会已经解散,马六甲处在无政府状态的情况下,只有没有实权、不能定制政策及作出重要决策的“看守政府”。


所有州政府事务,如需要当局进行的商业事务批准程序,被迫展延。这无疑会在商业交易成本问题及法律层面带来影响。


此外,颁布紧急状态也将打击外资者的信心。


—两害相权取其轻—

我的立场是,我不同意解散州议会,因2选项(州选举或颁布紧急状态)都不好。但是,倘若这是仅有的两个可能性,我认为相较于颁布紧急状态,60天内举行甲州选,对甲州民或造成的影响更小。


Pautan ke VOD facebook live J2 Let's talk (视频链接) : https://www.facebook.com/watch/live/?extid=NS-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&ref=watch_permalink&v=205839358306126

#DUNMelaka #Bubar #PRN #PRNMelaka #Darurat 11 Oktober 2021

0 views0 comments