top of page
  • Writer's pictureKerk Chee Yee

Kluster Jalan Seri Raya | 8 Julai 2021 | PKPD Bersasar?

8 Julai 2021



Akhirnya, 5 hari selepas pengumuman kluster Jalan Seri Raya oleh KKM pada 3 Julai 2021, kerajaan negeri Melaka membuat sesuatu.


Dalam kenyataan saya pada 6 Julai 2021, saya menanya kenapa belum ada tindakan atau sebarang maklumat daripada kerajaan dalam menangani kluster tersebut, yang melibatkan 51 kes positif dalam kalangan pekerja dari sebuah kilang.


Walaubagaimanapun, laporan ‘PKPD bersasar’ ini tidak menjawab soalan-soalan yang saya bangkitkan dalam kenyataan saya, iaitu:-


a) adakah jangkitan Covid19 bagi kluster ini berlaku di kilang atau tempat tinggal?


Sekiranya berlaku di kilang, adakah penutupan kilang dalam ‘PKPD tersasar’ ini berpandu kepada SOP? Kenapa hanya melaksanakan ‘PKPD bersasar’ selepas 4 hari KKM membuat penumuman kluster tersebut? (Berdasarkan laporan media, penutupan kilang dibuat pada 7 Julai 2021)


Sekiranya berlaku di tempat tinggal, apakah pendekatan daripada pihak kerajaan bagi memastikan komuniti tempatan yang bukan daripada pekerja-pekerja kilang selamat daripada jangkitan wabak ini? Bawah ‘PKPD bersasar’ yang diumumkan tadi, asrama pekerja turut ditutup. Adakah semua pergerakan mereka yang berkemungkinan membawa virus (virus carrier) di bawah radar kawalan pihak kerajaan sejak pengesanan kluster ini?


b) kemungkinan jangkitan dalam komuniti telah berlaku seminggu sebelum kluster dikesan pada 3 Julai 2021.


Kluster Jalan Seri Raya dikesan dan diumum pada 3 Julai 2021. Ia bermaksud, mereka yang disahkan positif mungkin telah terjangkit virus seminggu sebelum. Sepanjang masa 1 minggu itu, tentunya mereka bergerak dan berinteraksi dengan komuniti. Mengambil kira betapa serius kluster ini dan risiko yang terlibat, adakah kerajaan perlu membuat ‘contact tracing’ yang lebih ketat supaya bukan sahaja ‘close contact’ disasar, tetapi kawasan hotspot dalam lokaliti yang terlibat?


Soalan tambahan saya:-

Kenapa ‘PKPD bersasar’ seolah-olahnya menganggap hanya pekerja kilang yang berisiko menjangkit wabak Covid19?


Kepadatan serta dinamik penduduk di Taman Muzaffar Shah dan Taman Ayer Keroh Height membawa risiko jangkitan dalam kalangan mereka yang bukan pekerja kilang - tidak kira penduduk tempatan atau pekerja asing. Ujian calitan dalam PKPD bersasar ini mensasarkan pekerja asing dan pekerja kilang, tetapi tidak melibatkan penduduk tempatan yang boleh dikenalpasti sebagai ‘risiko tinggi’. Adakah ini mencukupi bagi melindungi semua warga dalam lokaliti ini?


This is life and death. We need our government to take every necessary measure to protect the community.


PKPD bersasar ini harus lebih komprehensif dan menyeluruh supaya semua pihak terlindung daripada Covid19. Saya berharap soalan-soalan saya di atas boleh dijawab dan tindakan sewajar diambil oleh pihak kerajaan.


YB Kerk Chee Yee

ADUN Ayer Keroh


终于,Jalan Seri Raya cluster宣布了5天,政府终于动起来了。


在我7月6日的文告中,我质问政府,为何迟迟未有任何动作或声明,任由当地居民紧张兮兮,日夜担心会不会EMCO,看见外劳也杯弓蛇影。毕竟这是个涉及51名确诊患者的cluster,而且来自同一间工厂。


无论如何,政府今天宣布的针对性加强行动管制令(以下简称为PKPD bersasar),并没有回答到我之前的文告提出的问题。我的问题如下:


a) 这个cluster是在工作地点还是在住处感染?


如果是在工厂感染,这次的PKPD bersasar中提及的关闭工厂是否有遵守相关SOP进行?为什么PKPD bersasar关闭工厂是在cluster公布了4天后才进行?(根据报导,工厂是在7月7日关闭)


如果是在住处感染,政府又如何确保这cluster没殃及社区内不属于工厂员工的居民?这个PKPD bersasar中,员工宿舍也被关闭了。这些员工的一举一动是否在cluster公布时(7月3日),就已经有被政府监控或管制?还是只是在今天才开始?


b) 病毒可能在2021年7月3日cluster公布前就已经在社区内传染


Jalan Seri Raya cluster是在2021年7月3日公布。这表示,确诊患者有可能在验出确诊的一星期前就已经染上病毒和有传染给别人的几率。在那一星期期间,这群确诊患者极有可能在社区内移动和与大家互动。基于这个cluster的严重性,政府是否应该进行更严格的contact tracing,不只是找出close contact,而是鉴定社区范围内的’热点‘?


额外添加问题:为什么这个PKPD bersasar仿佛认为只有工厂员工有感染和传染病毒的风险?


Taman Muzaffar Shah和Taman Ayer Keroh Height的人口密度和大家的活动习惯,是有可能让不是工厂员工的居民(无论是本地人或外劳)都有染疫风险的。PKPD bersasar中的大规模筛检只针对工厂员工,完全没让当地高风险的居民进行筛检。这,是否足够保护所有人的安全?


PKPD bersasar应该要综合各方面考量、更全面地进行,好让这地区所有的居民都能安全度过难关。我希望政府能回答上述问题,并采取相关行动,保护大家的安全。


郭子毅

爱极乐州议员


2 views0 comments
bottom of page