• Kerk Chee Yee

Kluster Jalan Seri Raya | 5 Julai 2021

5 Julai 2021



Lokasi: Taman Bunga Raya, Bukit Beruang


Petang tadi, penduduk tempatan memaklum kepada saya bahawa mereka percaya sebuah kilang menghantar pekerja-pekerja asing mereka dari Taman Muzaffar Shah ke sebuah pangsapuri di Taman Bunga Raya, Bukit Beruang.


Saya tiba di lokasi lebih kurang 6:45pm dan terdapat ramai penduduk taman berkumpul di pintu depan pangsapuri tersebut.


Dalam perjumpaan saya dengan pihak pengurusan pangsapuri serta pihak Japerun Ayer Keroh, beberapa perkara di bawah telah dibincang:


1- Pekerja-pekerja tersebut tidak dihantar ke pangsapuri untuk tujuan kuarantin kerana mereka BUKAN pesakit positif atau ‘close contact’. Mereka diaturkan untuk berpenghuni di pangsapuri tersebut sebagai ‘tenant’.


2- Dalam sekitar Mac 2020, satu perjumpaan antara pengurusan pangsapuri dengan pihak persatuan penduduk telah diadakan bagi menbincangkan kesesuaian pangsapuri tersebut dijadikan hostel bagi pekerja asing. Persatuan penduduk pada ketika itu telah menyampaikan pendirian BANTAH dan saya difahamkan bahawa tiada lagi perjumpaan diadakan.


3- Oleh itu, penduduk2 taman terperanjat apabila pekerja2 asing berpindah masuk ke pangsapuri tersebut kerana ia bercanggah dengan pendirian persatuan penduduk yang disampaikan pada mesyuarat itu, walaupun tiada keputusan rasmi daripada pihak kerajaan atau ‘authority’ yang dimaklumkan kepada persatuan penduduk susulan daripada mesyuarat tersebut.


4- Pihak Japerun memaklumkan bahawa pekerja2 asing tersebut perlu dihantar balik ke tempat tinggal asal mereka atau boleh didenda RM10k seorang (arahan OCPD berdasarkan makluman Japerun Ayer Keroh). Lebih kurang pukul 7pm+, pekerja-pekerja tersebut telah dihantar balik.


5- Pihak persatuan penduduk akan menghantar surat kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk MPHTJ, Japerun Ayer Keroh dan saya sendiri, bagi menyampaikan pendirian persatuan penduduk sekali lagi, iaitu membantah pangsapuri tersebut dijadikan hostel pekerja asing.


Jadi….


Setakat ini tiada maklum balas daripada pihak kerajaan sama ada benar bahawa pekerja2 asing tersebut dipindah dari Taman Muzaffar Shah ke pangsapuri itu.

Walaubagaimanapun, saya secara dasar dan peribadi TIDAK setuju dengan perbuatan pihak majikan memindahkan pekerja2 asing dari Taman Muzaffar Shah ke Bukit Beruang, sekiranya ini benar.


Ini kerana dalam kluster Jalan Seri Raya yang melibatkan 51 kes positif (dan mungkin mengakibatkan PKPD di lokasi tersebut) telah membukti bahawa dalam komuniti tersebut terdapat risiko wabak Covid19 merebak.


Pada waktu yang kritikal ini, pemindahan pekerja-pekerja dari kilang yang sama, komuniti yang sama, dan dari lokasi yang sama, ke suatu tempat yang baru, tidak akan membantu keadaan wabak Covid19 malah ia berkemungkinan mengakibatkan masalah baru yang lebih serius.


Saya berharap pihak kerajaan memahami kesusahan yang dihadapi oleh rakyat sekarang, khususnya penduduk-penduduk dalam Taman Muzaffar Shah yang begitu risau sama ada taman mereka akan dilaksanakan PKPD.


Kerajaan, sila lawan Covid19 dengan cara yang betul dan membantu rakyat.


地点:Taman Bunga Raya, Bukit Beruang


今天下午,我接到当地居民告知,指他们怀疑某间工厂正在把住在Taman Muzaffar Shah的外劳搬去该花园里的一所组屋。


我大约在下午6:45pm抵达现场,当时有许多居民已经聚集在该组屋的门口。


在我与该组屋管理层的会面中(Japerun Ayer Keroh随后抵达现场),讨论了以下5件事情:


1- 那些被送去该组屋的外劳都是搬去那里居住,并不是去隔离,因为他们都不是确诊者或close contact.


2- 2020年3月左右,时任组屋管理层曾与当地居民协会见面,讨论把该组屋成为外劳居住处的事情。在会议中,居民协会向组屋管理层表达了反对的立场,不赞同把该组屋变成外劳居住处。该会议之后就没有任何的会议了。


3-所以,居民们今天看见一辆一辆巴士的外劳搬进来,他们感到很诧异,因为这与他们当时表达的立场不一。(虽然当时的会议中,并未提及政府单位的决定,也并未讨论居民协会立场是否会被采纳)


4-Japerun告知那些员工必须被送回去原本的住址,不然将面对一人RM10k的罚款(据Japerun告知,这是OCPD警方的指示)。大约7点多,那些员工们便被送回去了。


5-居民协会将致函给所有有关单位,包括市议会,Japerun Ayer Keroh以及我,以重申他们的反对立场。


所以...


目前没有任何政府官员回应,网路流传的“Taman Muzaffar Shah外劳搬去Bukit Beruang“是否属实。


然而,假设上述说法是真实的,我的立场是,我反对有关雇主这么做。


在Jalan Seri Raya 的 cluster中,发生了51名确诊病例。这已经让当地居民人心惶惶,更是有可能导致该地区被执行PKPD。这证明了当地已经存在着感染风险。


在这个关键时刻,把同一间工厂、同一个地区、同一个社区的员工,搬去另一个地方,不但对疫情没帮助,反而增加了更多更严重的问题。


我呼吁政府,了解人民面对的痛苦,尤其是紧张了数天的Taman Muzaffar Shah的居民们。

政府,请你好好抗疫,帮助人民度过难关。


#DUNAyerKeroh #Covid19

https://www.facebook.com/kerkcheeyee.my/photos/pcb.1502904696712896/1502903686712997


2 views0 comments