11 Julai 2021
835 kes semalam. 523 dari kawasan perindustrian Ayer Keroh.
Ini disebabkan ujian calitan yang tengah dijalankan ke atas pekerja kilang akibat daripada PKPD bersasar.
Saya telah beberapa kali membangkitkan soalan serta menyeru kerajaan supaya JANGAN menganggap hanya pekerja kilang sahaja yang berisiko menjangkit wabak Covid19. 【rujuk kenyataan saya pada 6, 8 & 10 Julai 2021】
Komuniti tempatan turut juga berisiko dijangkit Covid19 kerana pekerja kilang yang disahkan positif sekarang (warga Malaysia dan warga asing) merupakan penghuni di kawasan Ayer Keroh.
Kepadatan penduduk dan corak kehidupan di kawasan Ayer Keroh memang menyumbang kepada risiko jangkitan berlaku dalam kalangan komuniti tempatan, tak kira pekerja kilang atau penduduk tempatan, warga Malaysia atau warga negara lain. 【rujuk ‘soalan tambahan’ kenyataan saya pada 8 Julai 2021】
Kalau kes positif dalam kalangan pekerja kilang di kawasan Ayer Keroh dah beratus-ratus sekarang, adakah kerajaan kita percaya bahawa TIADA kes positif dalam kalangan komuniti?
Saya ingin mengulangi pendirian saya buat kali ke-3, dan berharap ini kali terakhir saya perlu membuat seruan ini:
Kerajaan! Jangan hanya mensasarkan pekerja kilang sahaja dalam swab-test dan langkah pembendungan wabak Covid19! Komuniti tempatan kita juga berisiko dijangkit Covid19! Komuniti kita juga perlu dilindungi!
Selagi kerajaan kita tidak mengambil langkah yang betul sekarang, saya khuatir kes di Ayer Keroh boleh jadi lebih serius dan memberi impak kepada rakyat seluruh negeri Melaka!
YB Kerk Chee Yee
ADUN Ayer Keroh
昨晚甲州835宗确诊病例。来自爱极乐工业区的就有523宗。
这是从爱极乐工业区的PKPD bersasar中,工厂员工进行筛检所导致的。
我已经数次发出提问,并呼吁政府别假设只有工厂员工才会感染和传染病毒。【据我的2021年7月6日、8日、10日的文告】
社区内的居民也是有风险受感染的。这一批又一批确诊的工厂员工(国人和外劳)就居住在我们之中。
爱极乐一带的人口密度和大家的活动习惯,让爱极乐社区内感染风险大大提升,无论是国人或外劳。【详情据我2021年7月8日的文告的’额外问题‘】
现在爱极乐工业区内的确诊员工都数以百计了,政府真的相信社区内的居民是零确诊吗?
我在此向政府作出第三次呼吁,也希望这是最后一次:
政府!别只是为工厂员工进行筛检和防疫措施!社区内的居民也不安全!社区内的居民也需要受保护!别把当地居民排除在外!
政府一天不采取正确的行动,大家就一天曝露在染疫风险中,爱极乐的确诊病例也可以在日后为整个甲州带来连带影响!
郭子毅
爱极乐州议员
Comments