top of page
  • Writer's pictureKerk Chee Yee

Kita Jaga Kita.

29 Jun 2021



Saya sedih membaca berita seorang lelaki gantung diri di jejantas. Menurut laporan media, beliau dipercayai mengalami tekanan kerana disyaki menghidapi Covid19.


Sepanjang tempoh kita lawan pandemik, salah satu masalah besar yang berlaku di sekeliling kita tetapi jarang dibincang ialah kesihatan mental.


Banyak punca yang boleh memberi kesan negatif mental dalam tempoh pandemik ini, termasuk pendapatan terjejas, kegelisahan kerana takut menghidapi Covid19, isolasi dan lain-lain.


Saya bukan pakar dalam bidang kesihatan mental, tapi saya ingin menyeru semua supaya selalu “check on others” dan memastikan kita semua selamat mengharungi pandemik ini.

Kalau seseorang memerlukan perhatian doktor atau psychiatrist, sila mengalakkan mereka mendapatkan bantuan perubatan sewajarnya.

Don’t give up. 💪


Pejabat saya sering menerima permohonan bantuan makanan khususnya daripada mereka yang terjejas pendapatan.

Pernah ada pemohon memberitahu bahawa mereka mengalami tekanan kewangan dan ingin menamatkan nyawa diri sendiri. ☹️

Tempoh ini tempoh yang mencabar. Namun, ada ramai pihak yang boleh dan sedia membantu. Pejabat saya telah menyampaikan bantuan bakul makanan kepada lebih daripada 2,500 keluarga dalam dan sekitar DUN Ayer Keroh sejak pelaksanaan PKP1.0.

Saya tidak mempunyai peruntukan daripada kerajaan dan perlu bergantung kepada dermaan daripada pihak awam, tetapi kami menjalankan usaha ini sehingga sekarang dan tidak pernah berhenti. Kalau anda memerlukan bantuan daripada pejabat saya, saya boleh dihubungi di 011-36391619.


读到男士在天桥上上吊自杀的新闻时,我和大家一样,心情沉了下来。

根据媒体报导,死者怀疑出现Covid19症状,经不住压力而选择轻生。

抗疫期间,其中一个影响很多人但却不常被讨论的严重问题是心理健康状况。这段时间里,有不少因素可以导致心理健康出现问题,如家庭财务状况受影响、因害怕染上病毒而感到焦虑、行动管制令产生的孤独感等等。

我不是心理健康方面的专家,但我想借此贴文呼吁大家多关心及问候身边的朋友,确保大家安好,一起度过这艰难的时刻。

如果您发现身边有人出现了心里健康状况,需要咨询心理医生或获取相关的医疗程序,请鼓励他们勇敢踏出第一步,及早就医。

雨天过后就是天晴。别轻易放弃。💪


我的办公室常常收到要求物资援助的求救电话,特别是来自因管制令失去收入的群体。曾经有要求物资者告诉我,他们正承受很大的压力,考虑过要轻生,一了百了。☹️ 这是一个艰难的时期,但希望在人间,很多人愿意帮助您。

自从MCO1.0开始,我的办公室已经派发了物资援助给超过2,500户爱极乐选区内外的家庭。 我们没政府拨款,全依赖大众捐助,但我们不曾停下脚步,能帮助多少就帮助。 如果您需要我办公室的帮助,可以透过 011-36391619 联系我。


—————————— Befrienders : 03-76272929 Befrienders Malacca : 06-225 0791 —————————— #KitaJagaKita #DUNAyerKeroh




5 views0 comments
bottom of page