top of page
  • Writer's pictureKerk Chee Yee

Bantuan Bukan Solusi Jangka Masa Panjang kepada Ekonomi Negara dan Rakyat | 派物资仅暂渡难关,政府需认真抗疫

26 Julai 2021



Dalam bulan ini (Julai 2021, setakat 25 hb) sahaja, seramai 622 keluarga dalam DUN Ayer Keroh telah menerima bakul makanan daripada pejabat kami. Hujung minggu ini akan mencecah 700.


Ini bemaksud sekurang-kurangnya 700 keluarga menghadapi masalah terputus bekalan makanan dalam DUN Ayer Keroh. Ini belum lagi masuk kira keluarga-keluarga yang menerima bantuan makanan daripada pihak NGO atau kerajaan.


Berbanding dengan bulan-bulan yang sebelum ini, bulan ini paling ramai keluarga yang meminta bantuan.


Ramai kehilangan pendapatan sejak ‘full lockdown’ yang tidak seberapa ‘full’ ini. Bukan setiap keluarga ada cashflow untuk tahan 2 bulan tanpa pendapatan.


Kerajaan bagi bakul makanan, kerajaan laksanakan (akhirnya) moratorium, tapi setiap keluarga ada perbelanjaan bulanan yang lain seperti sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil telefon, pembelian peranti supaya anak boleh belajar secara online, dan lain-lain.

Berapa banyak bantuan daripada kerajaan pun, ia hanya ‘temporary relief’, bukan solusi kepada ekonomi negara dan rakyat.


Satu-satunya solusi ialah kerajaan kita berjaya menangani pandemik dan semua rakyat kembali ke landasan kehidupan yang normal secara berperingkat.


Tetapi, semakin lama kita lockdown, semakin kes positif meningkat.


Kerajaan, kamu sudah gagal. Sila letak jawatan.



这个月而已(2021年7月,截至25日),爱极乐选区内共有622户家庭收到了我们办公室的物资。相信接下来的几天,数字会超过700。


这表示,爱极乐选区内而已,至少有700户家庭这个月面对了断炊之苦。这还不包括向其他单位要求援助的家庭。


比起之前,这个月的数据是最惊人的。


在这个不怎么‘full’的’full lockdown’实施以来,不少家庭失去了收入。不是每一户的家庭都有能力在没有收入的情况下坚持两个月的。


政府是有给物资,也有(千呼万唤始出来)实施Moratorium,但每户家庭仍有不少日常开销要应付,如水电单、房租、电话费、孩子上网课买手机/电脑的费用,等等。


政府推出再多的援助,也只是短暂的舒缓之计,并不能根本地解决国家与人民的经济问题。

唯一的解决方案,就是政府成功抗疫,让大家生活逐渐重回轨道。


但是,怎么政府越lockdown,确诊病例越来越高?


政府,承认错误吧。失败了,就请辞职。




8 views0 comments
bottom of page