• Kerk Chee Yee

Banjir di Ayer Keroh | 12 Oktober 2021 | Amanah Seorang ADUN 承诺与服务不停歇


Amanah saya sebagai ADUN Ayer Keroh tidak berhenti selepas pembubaran DUN.


Dalam lawatan saya ke Kampung Sungai Putat petang tadi, saya telah membawa salinan jawapan soalan sidang DUN mengenai isu banjir kilat di DUN Ayer Keroh dan memberi penerangan kepada penduduk.


Sejak saya dipilih sebagai ADUN Ayer Keroh, beberapa projek telah dilaksanakan bawah pentadbiran Pakatan Harapan, termasuk penaiktarafan dan penambahan unit pam di rumah pam Sungai Putat, pembinaan rumah pam di Melaka Baru, penaiktarafan longkang di Melaka Baru, dan beberapa projek penambahbaikan sistem pengaliran di kawasan-kawasan yang terlibat.


Projek-projek tersebut menyumbang kepada pengurangan risiko banjir kilat di kawasan seperti Kampung Sungai Putat, Bukit Beruang Bestari, Bukit Beruang Utama, Taman Melawis, Taman Seri Jati, Taman Ara Permai dan lain-lain.


Walaubagaimanapun, apa yang sempat saya laksanakan tidak mencukupi. Tindakan-tindakan susulan perlu diambil untuk terus mengurangkan risiko banjir kilat. Sepanjang 1.5 tahun saya sebagai ADUN pembangkang, saya telah banyak kali menulis surat kepada kerajaan.


Dalam sidang DUN yang lalu, saya dijawab oleh kerajaan negeri bahawa tindakan-tindakan akan diambil seawal bulan November.


ADUN atau tidak, isu ini akan saya terus memantau.



议会虽解散,


日前马六甲州议会解散以后,我已经不是州议员,可是我对于爱极乐选区的工作并没有因此而停止。


我今午在走访甘榜双溪布达时,我准备了一份关于我在州议会质询会议纪录给村民。自我当选爱极乐州议员以来,许多的建设已经实施和进行。希望联盟政府执政时实施的几个项目,包括把双溪布达的泵房升级和增加泵组、在马六甲峇汝建造泵房、升级并改善数个地区的排水系统,等等。


上述工程绝对有助降低甘榜双溪布达、武吉波浪乌达玛花园、斯里佳迪花园、武吉波浪末拉威斯花园、斯里加迪花园和阿拉柏迈花园的水灾问题。


无论如何,22个月里做的,并不足以完全解决这里的闪电水灾问题。我在当反对党的一年半里,我也已经针对减低水灾风险致函州政府,并提出建议。


在10月份的州议会上,国盟政府告诉我最早将在 11 月采取行动。


无论我是不是州议员,我都会持续关注上述问题。


https://www.facebook.com/100044019284594/posts/452257226251583/?d=n


#DUNAyerKeroh #BanjirKilat #DUN

12 Oktober 2021

1 view0 comments