• Kerk Chee Yee

Banjir di Ayer Keroh | 爱极乐区水灾 | 26 Mei 2021| Memo kepada Kerajaan Negeri

26 Mei 2021



Pagi tadi saya melawat ke Urban Forestation @ Sungai Putat.


Mengenai banjir yang berlaku di DUN Ayer Keroh pada 17 Mei 2021, saya telah mengemukakan beberapa cadangan cara penyelesaian jangkan masa panjang bagi mengurangkan risiko banjir di DUN Ayer Keroh seperti berikut:


a) Mendalamkan dan membesarkan kawasan takungan air di hulu Sungai Putat bagi meningkatkan kapasiti penampungan taburan hujan, serta menjalankan penyelenggaraan secara berkala (sekurang-kurangnya 3 kali setahun);


b) Merizabkan kawasan hijau di sebelah lokasi (a) sebagai hutan simpanan bagi tujuan penadahan/penyerapan air hujan bagi mengurangkan risiko banjir;


c) Merizabkan kawasan berhampiran Taman Ara Indah dan Sungai Putat sebagai kawasan tadahan air hujan;


d) Mewujudkan kolam takungan air berhampiran Taman Kerjasama (kawasan Jalan Delima);


e) Mengawal paras air dan efisiensi pengaliran air Sungai Putat sepanjang masa dengan, antaranya, mengkoordinasikan operasi pintu air yang berkenaan (Pintu Air Batu Hampar sebagai contoh) serta kerja penyelenggaraan sungai yang berterusan; serta


f) Kajian semula dan penaiktarafan sistem perparitan dan longkang dalam kawasan-kawasan banjir bagi meningkatkan kapasiti dan efisiensi pengaliran air hujan.

Saya berharap cadangan2 cara penyelesaian yang bersifat jangka masa panjang tersebut akan diberi perhatian dan diambil tindakan. Saya juga bersedia untuk berjumpa dengan jabatan kerajaan yang berkaitan bagi membincangkan perkara-perkara di atas.


今天我到访了Sungai Putat休闲公园考察Sungai Putat的储水区。


针对5月17日发生在爱极乐选区的大水灾,我向州政府提呈了数个长期方案,以减低水灾风险。


长期方案如下:


a) 挖深/扩大Sungai Putat上游的储水区,以提升储水量,同时一年至少进行3次清理工作;


b) 把上述(a)地点附近的绿色区域划为森林保留地,达成集水效果,以减低水灾风险;


c) 把Taman Ara Indah与Sungai Putat之间的地区划为集水区;


d) 在Taman Kerjasama (接近Jalan Delima一带)建设蓄水池;


e) 控制Sungai Putat水位及排水量,包括协调水门的控制工作(如:Pintu air Batu Hampar) 以及持续性地维修/清理河流;和


f) 重新研究+提升水灾地区的水沟及排水系统,以提高排水量。


希望州政府能关注并采纳我的建议。我准备好随时与政府相关单位会谈,商讨上述事项。




#DUNAyerKeroh #Banjir #Cadangan #Memo

https://www.facebook.com/kerkcheeyee.my/posts/1475356922801007?hc_location=ufi

3 views0 comments