• Kerk Chee Yee

3 Cadangan Mengenai PPV (Pusat Pemberian Vaksin) | 针对疫苗接种中心的三大建议

25 Jun 2021



Saya telah melawat ke 13 PPV dalam negeri Melaka (kecuali SPPV dan PPVGP) dalam beberapa minggu ini.


Saya ingin mengemukakan 3 cadangan mengenai PPV:


(1) Mengumumkan maklumat kapasiti dan kadar vaksinasi harian sebenar setiap PPV


Pendekatan pengumuman data demikian secara terbuka dan telus akan meningkatkan keyakinan rakyat terharap Pelan Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK), selain daripada membolehkan penelitian (scrutiny) daripada orang awam terhadap kadar vaksinasi yang dijalankan di peringkat daerah dan PPV.


Setakat ini, kita hanya mampu memperoleh data mengenai jumlah suntikan vaksin (dos 1 dan dos 2) melalui JKJAV secara kumulatif. Dengan pengiraan, suntikan harian dalam negeri boleh diketahui (bergantung kepada kekerapan data kumulatif tersebut dikemas kini).


Namun, data tersebut tidak bermakna bagi tujuan pengawasan dan penelitian daripada orang awam (‘public monitoring and scrutiny’) kerana tiada maklumat harian di peringkat dearah dan PPV.


(2) Memperbanyakkan PPV dengan syarat bekalan vaksin yang stabil


Kadar pemberian vaksin merupakan kunci kepada negara kita bebas daripada ancaman pandemik. Dengan syarat bekalan vaksin yang stabil, kerajaan harus mengkaji bagi mewujudkan lebih banyak lagi saluran dan tempat rakyat boleh diberi vaksin.


Antara pihak yang boleh dijalinkan perhubungan kolaborasi ialah institusi perubatan swasta kerana mereka mempunyai fasiliti dan anggota perubatan yang sedia ada. Tambahan pula, secara relatif, kos berkolaborasi dengan institusi perubatan adalah rendah tidak memerlukan set-up “from scratch” dan bayaran sewa yang tinggi. Kolaborasi dengan GP telah dimulakan dan kerajaan harus mempertimbangkan supaya meningkatkan bilangan GP yang terlibat dalam pemberian vaksin.


Satu lagi alternatif ialah premis hotel yang sekarang jarang digunapakai. Ini bukan sahaja membantu pengusaha hotel yang terjejas teruk akibat pendemik, premis hotel secara umum juga dilengkapi dengan aircond serta tempat letak kereta yang mencukupi. Ketiadaan aircond atau tempat letak kereta yang mencukupi merupakan masalah yang dihadapi oleh sesetengah PPV yang sedia ada di negeri Melaka sekarang.


(3) “Pelan B” bagi golongan yang belum/tidak akan berdaftar sebagai penerima vaksin


Pendaftaran terima vaksin bermula pada akhir bulan Februari 2021, iaitu lebih kurang 4 bulan yang lalu. Setakat ini, kadar pendaftaran vaksin ialah 65.90% di peringkat kebangasaan (setakat 20 Jun 2021) dan 74.66% di peringkat negeri Melaka (setakat 23 Jun 2021).

Nota: pengiraan berdasarkan % daripada populasi dewasa dan bukan populasi secara keseluruhan.


*Bagi tujuan ilustrasi, sekiranya populasi bawah umur 18 tahun ialah 25%, kadar pendaftaran 70% populasi dewasa bermaksud hanya 70% x 75% iaitu 52.5% populasi sebenar yang telah berdaftar.


Sejak pelaksanaan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK), pelbagai saluran dan cara telah digunakan bagi mengalakkan pendaftaran terima vaksin.


Apakah kemungkinan mereka yang belum berdaftar dalam tempoh 4 bulan yang lalu, tidak akan / tidak dapat berdaftar dalam bulan-bulan yang akan datang atas sebab-sebab tertentu?


Sementara usaha menggalakkan pendaftaran terima vaksin diteruskan, adakah kerajaan perlu ada “Pelan B” bagi memastikan mereka dalam golongan ini menerima vaksin bagi mencapai matlamat imuniti kelompok?


Kerk Chee Yee ADUN Ayer Keroh



我在过去的两个星期探访了甲州内13个疫苗接种中心(PPV)。


在此,我想针对PPV提出三大建议:


(一)公布每间PPV的可接种疫苗人数容量和每日实际接种率


把数据公开化和透明化不但将提升国民对全国新冠病疫苗接种计划 (PICK) 的信心,同时可以让公众直接监督疫苗接种进度。


目前,我们只能通过新冠病疫苗供应特别委员会 (JKJAV) 的官方网站获得每州疫苗注射次数 (剂量1和剂量2) 的累积数据。简单计算的话,我们也能获取州内每日注射量(取决于网站更新累积数据的频率) 。


然而,只知道州内,却不知道县内和每所PPV的接种数量,对大众监督起不了作用。


(二)增加PPV的数量 (前提是有稳定的疫苗供应)


疫苗接种率是我们国家战胜疫情的关键之一。在疫苗供应稳定的前提下,政府应研究为民众设立更多接种疫苗的渠道和场所。


其中一个方案是与私营医疗机构建立合作关系。相对而言,由于不需要从零开始设置或缴费昂贵的租金,加上现有的设备及医护人员,与医疗机构合作接种疫苗计划的成本较低。目前政府已经与一些私营医疗机构进行合作,但政府应该考虑以更快速度让更多符合条件的医疗机构加入行列。


除医疗机构以外,政府的另一项选择是与当地酒店配合。这不仅帮助得到被疫情严重影响收入的酒店经营者,一般上酒店也配备了足够空间与设备,以及充足的停车位。(在甲州,一部分PPV 面临着没有空调或足够停车位的问题)


(三)针对未登记/不会登记为疫苗接种者的民众拟定”计划B”


全国新冠病疫苗接种计划的注册于 2021 年 2 月下旬开始,也就是大约 4 个月前。

迄今为止,全国的疫苗注册率为 65.90% (截至 2021 年 6 月 20 日) ,甲州的疫苗注册率为 74.66% (截至 2021 年 6 月 23 日) 。

注:这个数字是不包括18岁以下人口的成年人口百分比,而不是总人口。


*此为参考,如果18岁以下人口为25%,成年人口70%的登记率,意味着实际登记者仅占总人口的70% x 75%=52.5%。


如果过去4个月,在各界多方努力下鼓励大家登记注册疫苗,都还有民众至今未登记,那他们是否会在接下来的4个月甚至更长时间内全数登记呢?有没有可能,基于种种原因,部分人士是无论如何都不会/无法登记的呢?


政府有必要针对这些“可能以后都不会登记注射疫苗”群体拟定”计划B”,在他们不登记打疫苗的情况下确保他们能顺利接种疫苗。


郭子毅 马六甲爱极乐州议员


#DUNAyerKeroh #PPV #PICK #KitaJagaKita #Covid19

https://www.facebook.com/504828189853890/posts/1495773460759353/?d=n



0 views0 comments